7 SEBAB ANAK SUKA MENANGIS

Assalammualaikum..

Mungkin ramai ibu2 baru mempunyai anak masih belum tahu bab penjagaan bayi ni. Sama la macam Ida dulu, memang tak pandai. Semuanya belajar sendiri. Kadang2 tanya kat mak mertua sebab masa itu Ida dok ngan mak mertua. Bayi yang baru lahir memang biasa kalau kerap menangis. Ibu2 kita banyak bersabar tambahan waktu berpantang sebab kita memang akan berjaga malam. Jadi Ida nak kongsikan sebab anak suka menangis.


7 SEBAB ANAK SUKA MENANGIS

 1. SAYA LAPAR

Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar dan dahaga. Biasanya bayi akan menangis berulang-ulang. Bayi akan menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil nafas dan demikian seterusnya.

Cara mengatasi : Sebagai ibu atau ayah kepada si kecil, anda mestilah peka tentang hal ini. Pastikan bayi anda mendapat makanan dan susu yang secukupnya. Susui bayi hingga kenyang.

2. SAYA BASAH

Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Mudah kan mereka menangis? Oleh yang demikian, rajin-rajinlah periksa lampin bayi dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Tangisan bayi biasanya perlahan pada mulanya, dan semakin kuat agar mendapat perhatian ibu dan ayah. Bayi akan mengeliat tanda tidak selesa.

Cara Mengatasi : Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa

3. FAKTOR PERSEKITARAN




Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising boleh menyebabkan bayi menangis kerana mereka perlukan ketenangan. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas dan terlalu sejuk juga boleh mengganggu keselesaan bayi.

Cara Mengatasi : Sediakan satu bilik yang sunyi, selesa bagi bayi. Kadang-kadang bayi juga perlukan persekitaran yang sunyi dan membuatkan mereka selesa.

4. JATUH

Ada sesetengah ibubapa yang gemar menidurkan bayi di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika bayi ibu dan ayah sedang tidur. Bayi boleh terjatuh dari buaian dan menangis. Bayi yang tidur lasak memang mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika bayi dibiarkan tidur sendirian.

Cara Mengatasi : Jangan membiasakan bayi tidur di dalam buaian ketika anda juga hendak tidur. Takut-takut anda tidak mendengar tangisan mereka. Bawalah mereka tidur di sebelah anda.

5. PERUT TAK SELESA

Masalah kembung perut ni juga dikenali sebagai kolik iaitu menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. Semua bayi akan menangis jika ia merasa sakit. Tangisan bayi yang sakit perut ialah bernada tinggi , hampir seperti jeritan, mereka akan termengah-mengah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi.

Cara Mengatasi : Urut bahagian perut dengan lembut dengan menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuh bayi.

6. SAYA NAK BERMAIN




Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti sahaja. Tangisan mereka untuk menarik perhatian ibu dan ayah si kecil. Bayi senang bergaul dan sentiasa ingin ibu dan ayah di sisi mereka. Tangisan mereka terdengar seperti menyedihkan dan seakan-akan marah.

Cara Mengatasi : Luangkan masa bersama bayi anda sehingga mereka tenang. Mempelbagaikan aktiviti seperti menyanyi atau dibawa bersiar-siar.

7. SAYA PENAT

Bayi akan menangis jika penat walaupun sebernarnya mahu tidur. Bayi akan merengek sambil kepala terangguk-angguk dan melihat anda.

Cara Mengatasi : Dukung bayi anda sehingga dia terlelap di lengan dan barulah di letak di katil tidurnya.

Hope ni dapat membantu menambah pengetahuan ibu2 muda.

Post a Comment

0 Comments