MAKANAN UNTUK MUDAHKAN BERSALIN

Assalammualaikum...

Banyak petua-petua dulu yang orang lama yang selalu bagi untuk ibu2 yang bakal melahirkan anak agar mudah bersalin. Masa Ida nak bersalin dulu, Ida buat air selusuh sendiri dan nak dekat2 tu minum air kelapa. Air selusuh ni orang kata sebaiknya suami yang buat tapi Ida buat sendiri je. Ini Ida kongsikan skit makanan untuk mudahkan bersalin yang Ida baca dalam PAMA.

MAKANAN UNTUK MUDAHKAN BERSALIN

1. Makan kurma

Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.

2. Minum air kelapa

Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.


3. Makan bendi

Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.

4. Telur ayam

Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah.

5. Minyak kelapa

Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaAllah berkesan


Malah ada juga kata melalui urutan dan senaman. Boleh klik di sini.

Ida harap ini dapat membantu ibu2 agar mudah bersalin tak lama lagi. Nasihat Ida paling penting, minta maaf pada semua orang terutamanya suami.

Post a Comment

0 Comments