CARA JADI KAWAN BAIK KEPADA ANAK-ANAK

1:37:00 PM

Assalammualaikum..

Bukan mudah nak jadi seorang ibu bapa yang baik kan?Apatah lagi Ida ni kadang2 memang tak boleh bersabar dengan kerenah anak-anak. Semakin besar, semakin banyaklah cabarannya. Setiap kali selepas marah, rasa menyesal sangat-sangat. Janji nak lebih bersabar tapi Ida juga manusia biasa. Tapi kemarahan Ida xde la sampai nak cederakan anak2.

Setiap kali selepas marah, Ida akan mintak maaf pada anak, peluk cium diorang. Paling penting Ida nak jadi kawan baik anak2. Jadi bagaimana cara jadi kawan baik kepada anak-anak? Jom Ida kongsikan.. 



CARA JADI KAWAN BAIK KEPADA ANAK-ANAK

1. Bertukar menjadi lebih keanak-anakan

Bagi kanak-kanak, dunia interaksi dan sosialisasi akan terasa kaku dan membosankan jika tidak ada alat permainan atau apa-apa yang boleh dijadikan permainan. Oleh itu jika hendak masuk ke dunia mereka, kita harus bersifat keanak-anakan dan cuba bermain bersama mereka.

2. Bersedia untuk keluar dari zon

Menjadi kawan kepada anak-anak bermakna anda harus membawa mereka berjalan ke tempat yang mereka suka seperti taman permainan, taman rekreasi dan sebagainya. Jangan cepat berasa bosan dengan suasana tempat tersebut jika anda ingin benar-benar ‘berkawan’ dengan anak.

3. Menjadi lebih sabar


Untuk mencuri hati dan perhatian daripada anak anda, tentu sahaja memerlukan masa yang panjang. Untuk menjadi kawan kepada anak, ibu ayah perlu mengikut proses yang membolehkan anda bermain bersama mereka dan melakukan perkara yang mereka suka.

4. Melihat dunia dari mata seorang anak kecil


Sudut pandang kanak-kanak memang berbeza dengan kita orang dewasa. Mereka mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Jika benar ingin sentiasa dekat dengan anak anda, cuba lihat persekitaran anda melalui cara pandang dan persepsi mereka. Mungkin sesekali anda perlu ‘berpura-pura’ boleh melihat dunia yang dilihat oleh anak.




Sebenarnya untuk membina ikatan ‘kawan’ dengan anak-anak memerlukan satu proses yang tidak mudah. Tetapi apabila sudah berjaya mendapat ‘kepercayaan’ anak pasti rasa seronok kan.

So Ida harap ini dapat membantu supaya kita menjadi ibu bapa yang lebih baik dan penyabar.

You Might Also Like

1 comments

  1. bukan senang kan nak sabar dengan anak...tapi buruk padah nya kalau kita asyik marah pada anak2...nnt mereka lari dari kita pulak... :)

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)