TIPS MEMILIH MINYAK WANGI

1:45:00 PM

Assalammualaikum..

Minyak wangi, ni yang best nak citer ni. Ida memang pengumpul minyak wangi. Bukan setakat minyak wangi, sekali ngn botol-botol kosong pun Ida kumpul.Lebih2 lagi botol2 yang menarik..hehhe. Suami pun dah mengikut perangai Ida yang suka kumpul minyak wangi ni. Nak beli original memang susah la, ada tapi 1-2 botol je.

Ida suka jenis yang soft, lembut, elegant,fresh,romantik,floral gitu la. Fruity Ida tak berapa suka sangat sebab kalau pakai time cuaca panas, bau die jadi pening. Suami plak suke jenis woody dan mild strong.




nampak tak perfume suami plak yg bnyk..sejak kahwin ni tak bnyk yg Ida kumpul. Botol2 minyak wangi yang Ida kumpul ade tersimpan dlm kotak.Kang kalau buka terkejuz plak..hahaha

Kenali jenis perfume 


Parfum (Pure Perfume) - Kadar Ketumpatan patinya mencapai 16%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol. PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit. Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama.

Jangan menyemburkan semburan parfum ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan noda. Cukup dengan oleskannya sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.

Eau de Perfume -Kadar Ketumpatan patinya mencapai 8%-16%. EDP atau Eau De Parfum mengandungi pati yang kurang pekat daripada Parfum. Tahan sehingga 3-5 jam. Ia mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.

Eau de Toilette - Kadar Ketumpatan patinya mencapai 5%-8%. EDT atau Eau De Toilette merupakan minyak wangi yang lazim didapati di pasaran. Tahan sehingga 2-4 jam. Wangian ini berada setingkat diatas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun saat bersantai bersama teman.

Eau de Cologne - -Kadar Ketumpatan patinya mencapai 3%-5%. EDC atau Eau De Cologne adalah minyak wangi yang paling lemah dan kebiasaannya dipasarkan kepada lelaki. Tahan sehingga 2 jam. Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain. Amat sesuai digunakan di bagian tubuh, untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum setelah mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.

Eau Fraiche / Body Splash
Eau Fraiche biasanya disebut dengan istilah Perfume BodyMist atau Body Splash. Ia memiliki kadar pati terendah di antara semua jenis parfum , dengan campuran kurang dari 3% dan bertahan hanya sekitar 1 jam saja. Wanginya tidak bertahan lama dan cepat menguap, karena kadar alkoholnya yang tinggi. Sama seperti eau de cologne, body splash lebih sesuai dipakai untuk mengharumkan tubuh.

Minyak wangi juga menggambarkan personaliti

TIPS MEMILIH MINYAK WANGI


Kulit
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.

Bau
Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.

Bahan dan aroma
Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.

Iklim dan musim

Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.

Note :

Bagi mengekalkan ketahanan aroma wangian yang dipakai, terdapat beberapa teknik yang boleh diamalkan. Sebaiknya letakkan minyak wangi pada nadi, pergelangan tangan, siku dan belakang telinga. Menyembur minyak wangi pada belahan coli juga dikatakan mampu menyimpan aroma dan dilepaskan secara berterusan untuk kekal lebih lama.

You Might Also Like

1 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)