TIPS KECANTIKAN ORANG KOREA

10:46:00 PM

Assalammualaikum..

Kalau kita perasan, pasaran produk kecantikan sekarang banyak datang dari korea kan? Sapa yang taknak kulit cantik macam orang korea tambahan bagi peminat K-pop ni. Ida pun minat juga pelakon korea ni tapi lum sampai peminat fanatik la.


Dulu masa zaman bujang memang layan la citer korea ni, sampai berjam-jam lamanya. Tapi pas dh ade anak tak boleh la layan sangat. Kang masak ke mana, anak ke mana. So memang jarangla Ida layan. Filem korea mcm FULL HOUSE, SASSY GIRL CHUN HYANG, BOYS OVER THE FLOWERS, MY GIRL dan banyak lagi..dh lama tak ingat tajuknya.

TIPS KECANTIKAN ORANG KOREA

1. Amalan Minum Teh Hijau

Orang Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

2. Pencuci muka

Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.



3. Penyegar

Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

4. Essence atau serum

Essence atau serum sangat ringan. Bentuknya yang cair dapat memberikan penjagaan terbaik untuk memperbaiki masalah kulit. Untuk hasil terbaik, tunggu lima minit selepas memakai serum sebelum menggunakan pelembap anda untuk penyerapan maksimum.

5. Pelembap


Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

6. Senaman Muka

Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

7. Urutan Muka


Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan olesan minyak yang boleh mencerahkan kulit dalam proses urut. Atau pakailah krim urut pada wajah anda dan lakukan urutan secara perlahan. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu. Urutan pada wajah dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah. Urutan wajah juga boleh merangsang aliran oksigen dan nutrisi untuk meningkatkan keanjalan kulit anda. Ketika suhu kulit meningkat, maka dapat membuka liang dan mendorong keluar kotoran yang tertanam jauh di dalam kulit. Kulit anda akan kelihatan tampak lebih segar, lebih muda, dan bersinar selepas diurut.

Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat atau berminyak, berhati-hatilah kerana urutan akan mengganggu kelenjar minyak dan meningkatkan rembesan minyak. Jadi, tahanlah diri anda untuk mengurut.

8. Pupur Wajah

Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).




Cuaca di Korea memang berlainan dengan Malaysia. Kat sana cuaca die sejuk kita kat sini cuaca panas. Kadangkala produk sana tak sesuai dengan kulit kita. Shaklee memperkenalkan produk supplement untuk kecantikan yang sesuai untuk semua jenis kulit dan keadaan

Kombinasi ESP, Vitamin E, B Complex dan Vitamin C :

- Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
- Mencegah penuaan
- Menjadikan kulit lebih kenyal
- Mencerahkan kulit
- Menjaga kulit dari sinaran UV
- Mengurangkan parut jerawat
- Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
- Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
- Menjadikan wajah lebih berseri dan gebu

Shaklee RSS Collagen TERBUKTI dapat memperbaiki tekstrur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. selepas menggunakannya selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh

  • Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
  • Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
  • Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
  • Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
  • Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
  • Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
  • Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan 18%
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya :

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

You Might Also Like

2 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)