BUKU CERITA KANAK-KANAK YANG MENARIK

Assalammualaikum..

Dah 2 hari tak update blog sebab uruskan design blog sendiri.hahhaa..nampak sangat tak pandai, xpelah asalkan simple dan kemas sudahla. Semalam Ida baru selesai buatkan blog untuk kawan Ida yang baru join Shaklee. Nak tolong die jadi blogger plak.hehehe..


Entry hari ini Ida nak kongsikan koleksi buku-buku cerita Asyraf yang menarik bagi Ida untuk anak-anak. Hope korang pun akan beli sebab bagi Ida bagus dan Asyraf pun suka sangat.




Kisah 25 rasul dan cerita haiwan dalam Al-Quran bagus diceritakan sebagai bed time stories. Ada 3 buah buku yang ditulis oleh Emila Yusof. Bagi Ida lukisan yang die hasilkan memang bagus. Menarik dan cute. Asyraf suka suruh Ida bacakan buku ni kat die. Boleh tgk hasil lukisan dan boleh beli dekat web http://emilayusof.com/

Buku keluaran karangkraf yang dihasilkan oleh persatuan RedBubbles juga telah menarik perhatian Ida. Sebabnya buku ini dihasilkan untuk sumbangan kepada kanak-kanak kanser sebagai hiburan kepada mereka. Boleh lihat dalam page RedBubbles.
Sebab pe Ida kata menarik, buku ni ade 4 buah cerita. Kisah Dr.Bubbles dan anak dinasour Ida baru belikan untuk Asyraf minggu lepas. Jalan cerita die memang menghiburkan hati, Asyraf banyak kali suruh Ida bacakan untuk die. Yang penting cara dan gaya bagaimana kita nak ceritakan. Malah sesiapa yang berminat nak beli sumbangan kepada kanak-kanak ini boleh hulurkan kepada :

Akaun Maybank Persatuan Penghibur Kanak-Kanak Buih Merah di 564070002826

Okeh, setakat ni jelah Ida nak kongsikan. Kalau ade buku-buku yang menarik nanti Ida akan kongsikan lagi k..

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS