KESAN KECEDERAAN ANAK-ANAK DI TASKA

12:18:00 AM

Assalammualaikum..

Zaman sekarang ni semakin banyak kes kanak-kanak dan bayi mati di taska. Itu tak termasuk lagi kes-kes dera oleh pengasuh dan di taska. Ya Allah, bila Ida baca berita memang takut sangat, sedih mengenangkan anak-anak ni sebab Ida sendiri marah or pukul anak-anak Ida pun, Ida akan menangis siap mintak maaf lagi kat anak-anak. Ni yang Ida amik dari majalah Pama..



Ada segelintir ibu bapa yang memilih taska berdekatan dengan rumah tanpa mentingkan ciri-ciri keselamatan, beliau menjelaskan bahawa ibu bapa jangan terlalu mementingkan kos yang terpaksa dikeluarkan, sebaliknya perlu menitikberatkan kebajikan dan perkembangan kanak-kanak kerana anak-anak ialah pelaburan yang paling berharga untuk kita di masa akan datang.

Sekiranya taska tersebut jauh dari tempat kediaman, memang kos yang terpaksa dikeluarkan meningkat, namun pulangan yang bakal diterima oleh ibu bapa sangat menguntungkan lebih-lebih lagi terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Juga boleh memilih taska itu sebagai taska pilihan untuk anak atas cadangan rakan atau jiran. Ini kerana kawan-kawan anda telah melalui, melihat dan merasai pengalaman sendiri dengan menghantar anak mereka ke taska tersebut.

Mereka dapat melihat prestasi dan perkembangan anak-anak mereka dari segi sahsiah, sosio-mosi dan kerohanian, fizikal, deria, kreativiti, bahasa dan literasi serta pemikiran logik.

Namun pastikan taska itu berdaftar. Ini kerana taska berdaftar menyediakan program asuhan dan didikan mengikut spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan antaranya dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba&Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Selain itu, program yang dijalankan lebih tersusun dan meliputi aspek perkembangan kanak-kanak bukan sahaja mengandungi elemen asuhan malah merangkumi elemen didikan awal yang diperlukan oleh kanak-kanak.



Kejadian buruk yang mungkin berlaku dan kesannya kepada kanak-kanak

1. Kanak-kanak jatuh luka /jatuh tangga / tersepit jari
Kesan : Kanak-kanak berasa sakit, berdarah mewujudkan perasaan fobia/trauma.

2. Digigit oleh kanak-kanak lain
Kesan : Mewujudkan sikap tidak percaya, tidak selamat berada di taska.

3. Terjerut / terjatuh daripada buaian
Kesan : Kecederaan/kecacatan pada anggota badan, kematian

4. Keracunan: Makanan yang disediakan oleh taska, atau kanak-kanak kecil mengutip benda kotor dan memasukkan ke dalam mulut.
Kesan : Adakalanya bayi menemui ajal tanpa diketahui puncanya . Keadaan ini dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Cot Death ‘

5. Terkena air panas
Kesan : Kecederaan fizikal dan kecacatan kekal

6. Demam panas tiada rawatan sehingga berlaku kekejangan.
Kesan : Kecacatan otak, masalah pembelajaran, masalah perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak

7. Penderaan fizikal
Kesan : Kecederaan pada tubuh badan, trauma/fobia, kanak-kanak ketakutan.

8. Penderaan emosi serta tiada layanan mesra sebagai ibu ganti atau kakak ganti selain ibu bapa
Kesan : Kanak-kanak mengalami kemurungan, melemahkan pembentukkan personaliti kanak-kanak, pendiam , kurang aktif.

9. Tersedak susu atau makanan, sesak nafas.
Kesan : Kematian

10. Alahan pada makanan
Kesan : Gatal-gatal pada kulit, kemerahan, bengkak pada tubuh badan

11. Jangkitan kulit (kudis)
Kesan : Jangkitan dari kanak-kanak lain, kanak-kanak tidak selesa, menangis.

12. Ruam (panas , kurang penjagaan kebersihan)
Kesan : Kanak-kanak tidak selesa, gatal-gatal.

13. Lemas (di bilik air-air bertakung)
Kesan : Koma, kecacatan otak, kematian.

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)