TIPS KURANGKAN SESAK NAFAS KETIKA HAMIL

Assalammualaikum..

Bila hamil kadang2 ibu2 akan menjadi sesak nafas kn? alhamdullilah pengalaman Ida mengandung lum pernah lagi sesak nafas..memang rasa tak selesa bila anak semakin membesar,,paling terasa bile die mengeras,,huhuhu..tak senang duduk dibuatnya..so artikel ni ida amik dari PaMa

Kadang kala ada ibu hamil yang sering mengalami masalah sesak nafas atau cepat berasa mengah sepanjang kehamilannya. Adakah anda juga mengalami masalah tersebut? Tentu sahaja ia membuatkan anda kurang selesa dan cepat penat.

Mengalami sesak nafas ketika mengandung sudah tentu memenatkan. Ia akan mengganggu pergerakan anda dan lebih membuatkan tidak selesa, tiada ubat yang boleh menyembuhkan sesak nafas anda sepanjang tempoh kehamilan ini.

Bagaimanapun masalah ini boleh dikurangkan dengan mengikut beberapa ti p berikut. Jangan bimbang, kerana selepas tamat tempoh kehamilan, anda akan kembali bernafas seperti biasa dengan mudah.

Tip mengurangkan masalah sesak nafas ketika hamil 

  • Makan dengan teratur dan perhatikan apa yang anda makan. Makan makanan yang berkhasiat untuk ibu dan bayi namun jangan sampai berlebihan. Makan berlebihan hanya akan membuatkan berat anda naik mendadak sehingga sukar dikawal. Berat badan yang berlebihan hanya akan menambah kesukaran untuk ibu bernafas. Pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak setiap hari serta jangan lupa minum air masak secukupnya. Ia penting untuk mengekalkan fokus dan tenaga anda.
  • Pastikan postur badan anda tetap tegap. Ini membantu bahu dan punggung menarik tulang rusuk sehingga memberikan sedikit ruang untuk paru-paru.
  • Duduk beberapa minit banyak membantu ibu hamil. Ini kerana duduk dapat membantu ibu menenangkan diri sehingga membolehkan bernafas dengan lebih tenang.

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS