CARA MAKAN YANG SIHAT DALAM BULAN RAMADHAN

Assalammualaikum..

Bila time berbuka mesti semua benda kita nak makan...makan je apa yg nampak sedap depan mata kita ( ikutkan semua sedap, orang tgh lapar..ehehheh )..tapi ingat pemakanan yang kurang sihat boleh membahayakan kesihatan kita.. Di sini Ida share skit tips k...

CARA PEMAKANAN YANG SIHAT

Pelbagaikan makanan

Makanlah makanan yang berlainan untuk membekalkan kombinasi tenaga dan nutrien yang berlainan. Cara terbaik untuk mendapatkan keperluan harian adalah dengan mengambil pelbagai makanan ketika berbuka mahupun bersahur dengan menggabungkan bijirin, buah-buahan dan sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang dan produk tenusu.

Utamakan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran

Makanan ini membekalkan karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral, serat dan kompenen lain yang penting untuk kesihatan. Ini juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan sesetengah bentuk kanser.

Kurangkan lemak

Lemak makanan penting kepada kesihatan kerana makanan ini membekalkan tenaga, asid lemak penting dan vitamin larut lemak (A,D,E, dan K). Tetapi, pengambilan lemak secara berlebihan boleh menaikkan berat badan dan menjejaskan kesihatan. Jadi, kurangkan pengambilan makanan berlemak sepanjang bulan puasa ini.

Kurangkan garam

Garam (sodium) berlebihan dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Garam terdapat secara semula jadi dalam banyak makanan mentah dan makanan proses. Jadi, anda tidak perlu menambah garam dalam sajian sahur atau berbuka anda.

Ambil gula berhemat

Selain membekalkan karbohidrat biasa, gula tidak mengandungi nutrient lain. Pengambilan gula secara berlebihan boleh menjejaskan khasiat makanan dan menyebabkan kekurangan zat makanan. Jadi kawallah pengambilan gula anda sepanjang tempoh berpuasa ini. Jangan mudah tergoda dengan makanan manisan dan air yang terlampau manis.

Air nadi kehidupan

Biarpun ketika berpuasa, itu tidak menghalang anda dari kekal mengambil enam hingga lapan gelas air sehari. Amalkan tiga kelas ketika bersahur dan tiga gelas ketika berbuka. Anda boleh melatih diri anda untuk mengutamakan minun air kosong berbanding air berperisa ketika berbuka. Ini kerana air begitu penting untuk penghadaman, penyerapan nutrient, kawalan suhu badan dan pembuangan kotoran dari badan.

klik di sini untuk lihat PIRAMID MAKANAN

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS