CARA BANYAKKAN AIR KETUBAN

Assalammualaikum...

Tadi ade orang inbox Ida tnya air ketuban die kurang..die tanya tips nak banyakkan air ketuban..Ida just jawab xpasti sebab nya Ida rasa semua sebab pemakanan..Ida just nasihatkan banyak minum air dan makan makanan seimbang. Tambah bulan puasa ni kan..takur hidrat nnti..Ni Ida share kan skit psal air ketuban.

Apa itu air ketuban?

Air ketuban ialah cecair amnion yang mengelilingi bayi di dalam rahim semasa mengandung. Ia amat penting untuk perkembangan bayi. Cecair amnion dihasilakan selepas pembentukan kantung kira-kira 12hari selepas proses pensenyawaan. Pada awal kandungan air ketuban disediakan oleh ibu. Selepas kira-kira 20 minggu ,kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh air kencing bayi. Pada trimester kedua, bayi akan menelan air ketuban dan mengeluarkan air kencing untuk mengekalkan jumlah isipadu air ketuban dalam rahim. 


Oleh itu, air ketuban kebanykan dihasilkan oleh air kencing, kulit dan pernafasan bayi. Jumlah air ketuban yang banyak pada minggu ke 34 iaitu kira-kira 800ml. Jumlah air ketuban akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke-40.


Fungsi utama air ketuban

  • Melindungi bayi dari trauma luar
Air ketuban mengisi ruang antara bayi,tali pusat dan dinding rahim untuk membantu menyerap kesan hentakan luar ( trauma kemalangan seperti jatuh ) dan kesan himpitan pengecutan rahim.
  • Perlindungan suhu
Air ketuban membantu mengekalkan suhu persekitarab bayi untuk mengelakkan kehilangan haba.
  • Pertukaran cecair
Air ketuban membantu paru-paru bayi dan sistem penghadaman bayi berkembang kerana bayi bernafas di dalam air ketuban dan menelannya
  • Ruang untuk bayi bergerak dan tali pusat
Bayi boleh bergerak di dalam air ketuban untuk membantu perkembangan otot dan tulang. Ia juga memberi ruang untuk menyimpan tali pusat daripada terhempit.
Selain pelindung bayi, air ketuban juga merupakan petanda kesihatan bayi secara keseluruhan kerana ia terjadi dari urin yang di rembeskan terus dari buah pinggang bayi. Sumber urin pula dari aliran darah bayi yang bersambung pada uri, organ yang memberikan bekalan oksigen dan nutrien pada bayi semasa dalam rahim.

Walaubagaimanapun, sekiranya air ketuban kelihatan terlalu kurang, bayi anda mungkin akan terdedah kepada risiko komplikasi seperti kekurangan oksigen dan terbantut tumbesaran.

Sebab sebab kekurangan air ketuban :

1) Ketuban pecah sebelum masa
2) Masalah pada uri
3) Masalah perubatan ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
4) Masalah kecacatan bayi seperti buah pinggang, jantung, jangkitan kuman dan kecacatan genetik.

Tanda-tanda air ketuban kurang :

-selalu letih
-tidur awal,bgn lewat sbb letih
-kerap kencing
-sakit bawah perut bila berjalan
-perut kelihatan lebih kecil dr selalu

Petua banyakkan air ketuban

Sekiranya kekurangan air ketuban tidak begitu teruk, minum air secukupnya dan rehat mungkin boleh menolong. Sekiranya kandungan masih muda, doktor akan memantau dengan teliti keadaan bayi anda dengan membuat pemeriksaan Ultra Sound dengan lebih kerap untuk memastikan jumlah air ketuban tidak turun secara mendadak.

Tetapi sekiranya kandungan sudahpun pada lewat kehamilan, doktor selalunya akan menyarankan ‘induce’ untuk mengurangkan insiden bayi lemas. Semasa tempoh bersalin, kekurangan air ketuban memberikan risiko kekurangan oksigen pada bayi disebabkan tali pusat yang tertekan semasa kontraksi. Sekiranya ia terlalu kurang atau tiada langsung, kelahiran secara pembedahan mungkin disarankan.

Post a Comment

2 Comments