AMALAN SUNNAH RASULULLAH PADA HARI RAYA

10:49:00 AM

Assalammualaikum..

Sekarang ni masing2 mesti dah berada di kampung. Ida hanya di sini sahaja. Beraya di Kemaman, kg suami kat sini je.Nak blik kg Ida kat Kedah, jauh sangat..mungkin selepas raya baru blik sana. Yelah suami Ida tiap2 bulan dah kena offshore, cuti paling lama pun 1 minggu tapi lum ada masa nak cuti, Orang asyik telefon suruh naik keje..xpelah, rezeki tahun ni..Di sini Ida nak share sedikit amalan sunnah Rasullullah pada Hari Raya yang Ida amik dalam majalah Mingguna Wanita

AMALAN SUNNAH RASULLULLAH PADA HARI RAYA

  • Mandi sunat hari raya sebelum mengerjakan solat hari raya. Mandi yang disunahkan oleh Rasulullah S.A.W adalah pada hari Jumaat, hari Arafah, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
  • Memakai pakaian baru. Memakai baju baru itu mestilah dengan penuh penghayatan bukan sekadar ingin menunjuk-nunjuk baju baru, cantik dan sedondon. Lakukan dengan penuh kesedaran betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita pada hari mulia itu.
  • Makan dulu sebelum pergi solat sunat Hari Raya.
  • Memperbanyakkan takbir.
  • Saling bermaaf-maafan. Jangan ada rasa dan ego untuk meminta maaf dan hanya mengharapkan orang lain sahaja yang meminta maaf dengan kita. Begitu juga janganlah keras hati atau sombong untuk memberikan kemaafan kepada mereka yang yang memohon. Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan dalam hidup termasuk diri kita sendiri.
  • Mengucapkan selamat dan mendoakan kebaikan antara satu sama lain.
  • Memakai pakaian terbaik yang dimiliki. Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal. (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam)
  • Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwah) sesama Muslim. Seperti mengikut apa yang telah Rasulullah S.A.W pernah bersabda, barang siapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjangkan) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. 
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Mari sama2 kita amalkan..

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)