RESEPI BISKUT LAKTASI : BISKUT OAT PISANG SULTANA

12:06:00 AM


Biskut laktasi tentunya merupakan salah satu makanan yang paling menyedapkan buat ibu-ibu menyusu. Tambahan pula, ramuan yang digunakan sangat menyihatkan dan berupaya meningkatkan penghasilan susu badan anda. Sesuai sebagai snek yang berkhasiat, ia juga amat mudah disediakan – tanpa menggunakan ketuhar! Jom lihat cara penyediaannya.


biskut laktasi

Cara membuat Biskut Oat Pisang Sultana
Masa penyediaan: 15 minit

Saiz hidangan: 1 loyang

Bahan-bahan utama:

  • 3 cawan oat segera
  • ½ cawan madu
  • ½ cawan mentega rendah lemak
  • Pisang
  • ¼ cawan susu segar
  • Kismis sultana (kismis hitam)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam
Bahan-bahan sampingan (optional):
  • Gula perang (secukup rasa)
  • Buah-buahan kering lain seperti kurma, aprikot, dan buah tin (dried figs) yang dipotong halus.
  • Cip coklat
  • Sedikit serbuk kayu manis
  • 2 sudu besar serbuk koko (jika suka)
Langkah-langkah membuatnya:
1. Lenyekkan pisang sehingga hancur atau separa hancur.

2. Masakkan mentega, madu, susu, dan garam di atas api. Setelah sebati, campurkan pisang yang telah dilenyek.

3. Padamkan api setelah semua bahan digaul rata.

4. Tambahkan oat ke dalam periuk tadi dan gaulkan dengan cepat sehingga sekata.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan mampatkan.

6. Sejukkan di dalam peti ais dan potongkan mengikut saiz hidangan yang anda gemari.
Bagaimana biskut ini dapat meningkatkan penghasilan susu badan?

Seperti yang anda tahu, bahan-bahan yang terkandung dalam biskut ini ialah bahan yang memacu penghasilan susu badan. Oat terutamanya kaya dengan zat besi yang penting untuk ibu hamil dan menyusu badan selain dikatakan paling efektif dan memberikan kesan hampir serta-merta dalam memperbanyakkan susu badan. Selain itu, buah-buahan kering juga sangat baik untuk dimakan ketika hamil dan menyusu. Berikut merupakan senarai dan khasiat buah-buahan kering yang boleh digunakan secara kreatif dalam hidangan biskut anda.

  • Prun – ia amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida.
  • Kismis – buah anggur yang telah dikeringkan ini merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapat membantu sistem penghadaman di samping bertindak mengurangkan kolestrol dalam badan.
  • Ceri kering – ia adalah cara paling enak untuk mendapatkan bekalan potassium dan vitamin A dalam diet anda.
  • Kurma – Kurma merupakan antara buah yang mengandungi khasiat terbaik di dalam dunia. Kurma mampu memberikan anda potassium yang tinggi dengan kadar kalori yang paling minimum.
  • Aprikot kering – buah ini mengandungi zat besi, potassium, beta karotena dan serat yang sangat tinggi.
  • Buah tin kering – Selain membekalkan serat yang banyak, buah tin juga mengandungi kalsium, besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potassium
Sumber :
http://pregnant.my/articles/tingkatkan-susu-badan-anda-dengan-biskut-laktasi/

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya :

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)