PETUA KEKALKAN KESIHATAN JANTUNG

Ramai antara kita yang tidak mengendahkan sakit dada dan menganggapnya sebagai perkara biasa. Apabila sakit, kebanyakan orang hanya berehat di rumah dan bukannya segera ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.

Sakit dada yang berpanjangan iaitu melebihi tempoh enam jam perlu diambil berat kerana ia berkemungkinan menandakan kita menghidap penyakit jantung.

Jangan mengambil remeh perkara ini kerana ia boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku sama ada mati mengejut atau keadaan menjadi lebih parah dan sukar dirawat.

Petua kekalkan kesihatan jantung

  • Kawal berat badan. Berat badan berlebihan menandakan kandungan lemak yang banyak di dalam badan. Lemak akan berada di seluruh badan termasuk di jantung. Lemak yang terkumpul di jantung akan mengganggu fungsi jantung.

  • Pemakanan. Untuk mengelakkan penyakit jantung, kita mesti memberi perhatian kepada sajian harian. Elak daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolesterol seperti mentega, minyak sapi dan santan. 
  • Digalakkan untuk memakan lebih sayur-sayuran seperti lobak merah, kubis, sayuran berdaun hijau dan buah-buahan setiap hari. 
  • Individu juga perlu menjauhi alkohol kerana tidak elok untuk jantung dan hati. Bagi mereka yang gemuk, agak sukar untuk menurunkan berat badan sekiranya mengambil minuman beralkohol.
  • Senaman. Bersenam setiap hari amat baik untuk kesihatan. Senaman yang teratur dapat memastikan jantung berfungsi dengan baik. Senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan dan membantu menurunkan tekanan darah.
  • Merokok. Majoriti rakyat Malaysia yang diserang penyakit jantung adalah dalam kalangan perokok. Pesakit jantung dinasihatkan supaya memberhentikan tabiat merokok ini bagi mengurangkan risiko penyakit ini berulang.
  • Perubahan gaya hidup. Penyakit jantung biasanya dikaitkan dengan gaya hidup seseorang sama ada pemakanan, tabiat merokok, aktiviti harian dan sebagainya. Anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya terhindar daripada sebarang penyakit.
Shaklee DTX Complex menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi hati yang sihat dengan satu formula unik herba-herba dengan antioksidan dan aliran hempedu yang diperkaya.

Gabungan unik bahan botani dalam DTX Complex™ SHAKLEE menyokong kesihatan dan fungsi hati dengan dua cara:
  • Ekstrak biji benih Milk Thistle, biji benih Schizandra Chinensis dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat meransang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati
  • Pati Dandelion, Kunyit dan Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksik daripada tubuh.
Nak order? sila klik


SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments