FAKTOR-FAKTOR PENUAAN:COLLAGEN POWDER ANTI-PENUAAN

Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

JANGAN tunggu kedut mula kelihatan utk mula menggunakan produk anti-penuaan.Kolagen amat penting utk mengekalkan keremajaan kulit. Jika kulit tidak berhenti menghasilkan kolagen dan kolagen tidak rosak, kulit kita akan kekal tegang dan anjal serta pori-pori akan halus dan kekal kecil.

Apakah faktor-faktor PENUAAN?

Pendedahan terhadap cahaya matahari
Sebahagian besar kulit manusia terdedah kepada cahaya matahari. Sinar UVB dan UVA boleh menyebabkan kulit berkedut dan penghasilan bintik-bintik hitam pada kulit wajah khasnya serta boleh membawa kepada kanser kulit. Semakin lama kulit kita terdedah dengan persekitaran luar, semakin cepat kulit akan rosak. Akan tetapi, pada masa kini terdapat berbagai-bagai jenis krim dari pelbagai jenama bagi melindungi kulit akibat cahaya matahari ada dijual di pasaran. Terpulanglah kepada kita untuk memilih produk yang bersesuaian dengan kulit kita!

Cuaca sejuk
Cuaca dan suhu yang rendah boleh menyebabkan kulit kering dan sekali gus mempercepatkan proses penuaan. Persekitaran sejuk menimbulkan masalah kerengsaan kulit. Oleh itu, gunakanlah pelembap dan pakaian bersesuaian apabila menghadapi cuaca sejuk.

Merokok
Merokok membahayakan kesihatan dan mempercepatkan proses penuaan berikutan perubahan kimia dalam tubuh perokok. Vitamin C yang merupakan bahan penting dalam memastikan kulit lembap dan bertenaga akan berkurangan dan mengurangkan oksigen dalam sel tubuh badan.

Kurang bersenam
Kita perlu mengambil berat dalam mengamalkan cara hidup sihat dengan membuat senaman sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Bersenam mampu menguatkan kulit, otot dan peredaran darah yang lancar. Bersenam memberi tenaga kepada tubuh di samping membuatkan kita gembira, ceria dan nampak muda!

Tekanan
Keadan stress menyebabkan kita mudah risau dan gelisah. Dalam masa yang sama dahi akan mengerut dan otot-otot muka akan berterusan melakukan pergerakan yang sama. Jadi dengan itu, cubalah kawal tahap tekanan di samping memberi ketenangan kepada tubuh dan minda.

Tidur yang tidak mencukupi

Tidur malam yang tidak cukup boleh kelihatan di wajah pada keesokan harinya. Lingkaran gelap di bawah mata, kedutan dan kulit menggelebeh adalah tanda-tanda kurang tidur dan rehat yang secukupnya. Faktor ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kulit malah meningkatkan faktor hilang ingatan, pemikiran negatif dan kemurungan.

Apakah kepentingan kolagen kepada badan anda?

Badan kita memerlukan kolagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa kolagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku bila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan kolagen. Kehilangan kolagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

10 Fungsi Kolagen untuk kekal cantik dan awet muda:
1. Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
2. Memelihara kelembapan kulit
3. Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
4. Menguatkan otot dan tulang
5, Membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
6. Memelihara kelenturan sendi
7. Mengurangkan keradangan(inflammation)
8. Memberi tenaga
9. Membantu pola tidur
10. Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf.

Kolagen bukan sekadar untuk cantik dan menegangkan kulit. Ia struktur pengukuh tisu lembut yang sangat penting


Nak order? sila klik



SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments