CARA MERANCANG KEHAMILAN

Merancang kehamilan ada banyak sebab. Ada antaranya adalah ingin menjarakkan anak-anak terutama bagi ibu yang baru melahirkan. Bagi yang baru berkahwin rasanya tidak perlulah merancang kot. Dapat cahayamata adalah satu nikmat yang tidak dapat diucap dengan kata-kata. Hanya mereka yang mendapat rezeki cahayamata sahaja yang dapat merasakannya.

Anda boleh berbincang dengan suami tentang kaedah-kaedah yang sesuai. Pastikan mendapat persetujuan dan kerjasama sepenuhnya:) Sebab ini adalah mengenai hal bersama kan.

KAEDAH SEMULAJADI

• Elak hubungan kelamin
Pasangan suami isteri tidak mengadakan hubungan kelamin semasa wanita dalam tempoh subur. Ini memerlukan pasangan membuat perkiraan tepat bila waktu subur itu iaitu semasa ovulasi atau wanita mengeluarkan telurnya, dan mengelakkan hubungan seks
pada masa itu. 


KAEDAH MENGHALANG

• Kondom

Bahan yang mencegah sperma lelaki daripada memasuki ruang faraj wanita ini mestilah dipakai sebelum hubungan kelamin kerana zakar yang tersentuh sedikit pun pada ruang terbuka faraj, boleh membawa kepada kehamilan. Kondom memberi perlindungan daripada
kehamilan sebanyak 75 peratus, jika digunakan dengan betul, menurut panduan yang diberikan oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB).

• Spermicide
Ia adalah bahan kimia yang membunuh sperma dan terdapat dalam bentuk gel, buih, lapisan fi lem atau tablet. Digunakan sendirian ia tidak begitu berkesan, tetapi lebih berkesan jika digunakan dengan kondom atau diafragma.

• Diafragma
Bahan ini pula adalah alat daripada getah berbentuk cawan yang fleksibel dan diletakkan di dalam faraj. Diafragma menutupi ruang rahim atau serviks wanita dan mencegah sperma daripada memasuki rahim.

KAEDAH HORMON


Kaedah ini adalah antara yang paling biasa digunakan wanita. Ia melibatkan penggunaan pil cegah kehamilan, suntikan hormon dan implan yang mengandungi hormon progesteron dan/atau estrogen. Hormon-hormon ini mencegah telur-telur wanita daripada terlepas dari ovarinya. Ia juga boleh menyebabkan lendir serviks menjadi pekat, lantas menyekat sperma daripada memasuki rahim.

• Pil cegah kehamilan
Ia merupakan tablet yang mengandungi hormon-hormon sintetik – sama ada kombinasi progesteron dan estrogen atau progesteron saja.
Pil cegah kehamilan hari ini mengandungi dos hormon yang rendah untuk mengurangkan kesan-kesan sampingannya.
• Suntikan hormon
Hormon progesteron sintetik disuntik ke tubuh wanita untuk memberi perlindungan daripada kehamilan selama 12 minggu. Kaedah ini dikatakan hampir 100 peratus berkesan.
• Implan
Melalui kaedah ini, hormon progesteron sintetik dimasukkan ke dalam tubuh wanita. Hormon ini kemudian akan keluar secara perlahan-lahan di dalam tubuh untuk memberikan perlindungan daripada kehamilan selama tiga tahun. Kaedah ini juga hampir 100 peratus berkesan.

KAEDAH PERALATAN

• Intrauterine Device (IUD)
Alat kecil daripada logam atau plastik, berbentuk lingkaran, gelung, segi tiga atau T, yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah penghamilan.
IUD berfungsi dengan menghalang telur-telur yang telah disuburkan, daripada melekat di dinding rahim. Alat ini dimasukkan oleh doktor semasa atau selepas saja waktu haid iaitu apabila seorang wanita tidak mungkin akan hamil.

KAEDAH PEMBEDAHAN

• Ligation dan vasektomi
Dua kaedah dalam kategori ini ialah proses yang kadangkala disebut sebagai ‘ikat’ atau ligation dan vasektomi. Keduanya biasanya dipilih oleh pasangan yang tidak mahukan anak langsung atau tidak mahu lagi mempunyai anak. Proses ‘mengikat’ itu ialah pembedahan untuk memandulkan wanita, sementara vasektomi pula khusus untuk memandulkan lelaki. 

Dalam pembedahan ligation, saluran falopia wanita dipotong atau diikat agar telur tidak dapat memasuki saluran uterus untuk bercantum dengan sperma. Pembedahan vasektomi
pula melibatkan pemotongan vas deferens (tiub yang menghubungkan kelenjar sperma dengan saluran kencing lelaki) atau ia diikat agar sperma tidak terkeluar semasa ejakulasi.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. -

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS