TIPS CANTIK UNTUK SUAMI

12:22:00 AM

TIPS CANTIK DI MATA SUAMI TERSAYANG

Bagi para isteri yang inginkan kelihatan sentiasa nampak cantik dan manis , nampak muda seperti masa zaman bercinta dulu , agar suami tidak pandang pada wanita lain yang berada di luar sana dan suami hanya lebih suka pandang kepada isterinya seorang saja...

Jom kita ketahui rahsianya..

1. Sentiasa berpakaian simple tapi cantik di pandang oleh suami..Kalau nak pakai seksi pun x mengapa asalkan tiada mata lain yang memandang..sekiranya ada anak lelaki sangat tidak sesuai ye..jadi pakailah pakaian itu di kamar beradu..

2. Belajar menghias muka bersolek atau bermekap , walaupun hanya memakai bedak amhupun secalit gincu...Make sure jangan pula bermekap macam hantu raya..confirm hilang selera suami..

3. Menjaga penampilan diri terutama bahagian badan..make sure tiada bau badan kalau ada gosok dengan berus sabut dan pakai dettol untuk menghilangkan bau badan itu..Bila badan dah bau wangi suami pun sentiasa memerhati dan ternodai dengan bauan tadi hehehe....

4. Selain badan , isteri juga harus menjaga bau kurang enak yang keluar dari mulut..sekiranya anda mempunyai masalah mulut berbau , selalulah berkumur² dengan Listerine atau cengkih yang telah di tumbuk dan di larutkan di dalam air..

5. Jangan banyak membebel kerana aura muka kita akan hilang sedikit demi sedikit akhirnya nampak berkedut.. tambahan lelaki paling pantang atau tidak suka bila di bebel..

6. Elakkan dari banyak mengata nanti di katakan tidak romentik dan merimaskan..

7. Jaga waktu tidur , jangan la suami dah nak tido kita pulak dok layan FB atau blog.. sangat x sesuai , waktu beginilah masa yang paling sesuai untuk kita mengeratkan lagi kasih sayang...

8. Jangan lupa cuci muka dengan susu segar , sabun , pencuci muka atau sebagainya setiap hari..Amalkan minum madu seminggu sekali satu sudu , atau setiap hari di waktu pagi sebelum sarapan.. dan jangan lupa makan buah sebiji setiap hari tak kira buah apa sekalipun..

9. Jangan malas berjalan sekurang²nya 8 kilometer semiggu untuk menjaga badan supaya sihat dan bertenaga.Kalau rajin sikit bersenam la , buat di rumah pun x mengapa agar tiada lebihan lemak yang kelihatan.

10. Akhir sekali jangan lupa puji orang lain cantik..sudah pasti suami akan memuji kita , kerana siapa lagi yang kita harapkan untuk di puji kalau tidak suami kita kan...

Sekian , itu saja buat masa nie..kalau ada yang nak tambah boleh la komen di bawah post ini ye.. Selamat mencuba...

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)