PETUA NAK HILANGKAN SENGUGUT

10:26:00 AM

HILANGKAN MASALAH SENGUGUT ANDA

Sengugut ni sebenarnya bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tapi ia turut menajdi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.

Senggugut ni ada dua beradik iaitu sengugut primari dan secondary. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Manakala senggugut secondary pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.

Ada beberapa cara nak hilangkan penyakit sengugut ni.

Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

Petua 6

Minum madu segelas sebab madu melancarkan pendarahan kita. Kan madu ubat segala penyakit?


Selain itu,boleh juga atasi dengan pengambilan supplement Shaklee .


SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)