PENDARAHAN DI AWAL KEHAMILAN

BERLAKU PENDARAHAN DI AWAL KEHAMILAN 

Pendarahan semasa kehamilan awal sememangnya membimbangkan, tetapi ia sebenarnya adalah perkara biasa. Kira-kira 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada awal kehamilan. Ada beberapa perkara yang menyebabkan ini.

Anda mungkin mengalami pendarahan "bulus". Hormon kehamilan menahan kitaran hormon kita yang biasa, tetapi variasi dalam kitaran itu masih berlangsung. Beberapa wanita memerhatikan pendarahan bulus di sekitar masa mereka akan didatangi haid jika tidak hamil. Ini disebabkan variasi "latar belakang" dalam tahap hormon.

Juga, di peringkat terawal dalam kehamilan, pendarahan ringan mungkin berlaku sehari dua semasa telur yang disenyawakan itu mula tertanam, dan plasenta mula berkembang. Pendarahan akibat implantasi dipercayai berlaku sama masa haid dijangkakan, membuatnya sukar untuk mengetahui sama ada pendarahan itu adalah akibat implantasi atau pendarahan bulus.

Kadangkala wanita akan mengalami hakisan serviks (atau kini dikenali sebagai "etropion" serviks di mana sel-sel yang lazimnya berada dalam saluran serviks kini terdedah kepada keadaan luar dan ia kelihatan seperti kawasan "radang"), dan ini boleh menyebabkan pendarahan di awal kehamilan.


Pendarahan boleh juga disebabkan
  • jangkitan vagina;
  • jangkitan serviks;
  • polip (pertumbuhan tidak berbahaya).
Ketiga-tiga keadaan ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan selepas persetubuhan.

Kadangkala tidak boleh ditentukan apakah yang telah menyebabkan pendarahan ringan. Namun begitu, sebarang pendarahan semasa kehamilan, bagaimana sedikitpun, haruslah dibincang dengan doktor anda.

Lazimnya pendarahan ringan (spotting) tidak dianggap sebagai satu masalah besar. Tetapi pendarahan ringan (spotting) atau sebarang pendarahan yang baru saja bermula, lebih-lebih lagi jika ia diiringi dengan sakit perut atau kekejangan, memerlukan perhatian serta-merta, sebab ini mungkin merupakan petanda:
  • keguguran;
  • kehamilan ektopik (di mana embrio tertanam dalam tiub fallopio bukannya rahim).
Di peringkat kehamilan lewat, pendarahan ringan mungkin merupakan masalah berhubung plasenta. Jika kita telah mengalami pendarahan pada awal kehamilan, tidak hairanlah jika kita berasa bimbang. Doktor anda boleh memeriksa keadaan anda ketika itu dan sepanjang kehamilan anda.

Post a Comment

0 Comments