GARLIC SHAKLEE

10:55:00 AM

Kelebihan Garlic Complex sebagai pencuci darah

Saya suka 'packaging' botol Garlic Complex ni. Kecil, comel dan mudah dibawa bersama. Nak masuk dalam poket seluar pun boleh, harga pun berpatutan sangat-sangat, semua orang mampu milikinya..aisehh, Suka Sangat!!=)

Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.



Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.


Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.

Petua orang tua-tua, bawang putih ni bagus untuk kesihatan yang mana antara kebaikkannya, bagi ibu yang berpantang selepas bersalin dapat membantu pengeluaran angin dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, juga untuk membanyakkan susu. Sungguh masa berpantang dulu kalau mak saya guna bawang putih 3 lawang besar bawang putih mak ulas-ulaskan campur dalam lauk yang mak masak. Memang susu badan banyak sangat masa tu^_^

Jadi apa keistimewaan Garlic Complex ni yang membuatkan para pengguna cepat tertawan?. Let's Check it out!!


Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee dalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)



Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma


*Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210

Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)