6 TIPS ELAKKAN KESESAKAN LALU LINTAS KE PEJABAT

Assalammualaikum...

Zaman semakin canggih, kereta semakin banyak dan kesesakan lalu lintas pun semakin teruk. Rata-rata semua akan menggunakan kenderaan sendiri dari menggunakan kenderaan awam.


Kalau dekat Jepun kebanyakkan guna basikal je, apa kata kita pun guna basikal ke tempat kerja. Minyak pun tak kena, takde la sesak jalanraya. Kesesakan lalu lintas ni kadang kala membuatkan kita lambat ke tempat kerja lebih-lebih lagi bagi kawasan bandar. Ini ada 6 tips untuk elakkan kesesakan lalu lintas ke pejabat.

6 TIPS ELAKKAN KESESAKAN LALU LINTAS

1. Bangun Awal



Kalau waktu pejabat korang pukul 8 pagi keluar rumah lebih awal. Ini memudahkan korang jadi kelam-kabut di jalanraya, nak pandu kenderaan pun lebih selamat kan. Ida dulu pun walau ke tempat kerja naik bas  masih keluar awal. Kadang tu 1 jam awal dah sampa sebelum masuk shift kerja. Pekerja baik kan?hehehehe.

2. Pindah


Kalau kawasan pejabat tu jauh dari tempat kerja, cari alternatif untuk pindah rumah lebih dekat. Tips ni untuk yang memang liat bangun awal pagi nak ke tempat kerja. Kalau ada rakan sepejabat yang tinggal berdekatan, korang sewa la rumah sekali dengan diorang. Tak salah kan?Boleh jimatkan minyak. Kongsi duit sama-sama isi minyak.

3. Alternatif


Selain guna kenderaan sendiri korang boleh guna alternatif lain naik kenderaan awam yang sedia ada. Walaupun kadang kala agak sesak juga sekurangnya akan jimatkan duit untuk minyak kereta korang. Semua ada sekarang bas, LRT, komuter...naik je senang. Kalau kawasan lain boleh gunakan bas.

4. Tumpang



Kalau ada kawan sepejabat yang tinggal juga berdekatan dengan rumah korang. Apa kata korang kongsi kenderaan ke tempat kerja sama-sama. Kongsila duit minyak atau tol. Hari ini pakai kereta ko esok pakai kereta aku. Kita kongsi minyak. Kan lebih jimat tu.

5. Toleransi


Sikap ini merupakan kunci kepada kelancaran ketika berada di jalan raya. Bertolak-ansur dengan pemandu lain dan elak sikap terburu-buru ketika memandu. Jika ada polis trafik yang mengawal lalu lintas perjalanan, ikut arahan mereka. Sikap manusia sekarang kebanyakkan suka pentingkan diri sendiri. Semua nak cepat sampai akhirnya masing-masing dah dapat saman. Kan padan muka diri sendiri.

6. Tenangkan Fikiran


Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia, kebanyakan kemalangan yang berlaku ketika perjalanan ke tempat kerja adalah akibat fikiran kusut kerana terlalu memikirkan tanggungjawab yang harus diselesaikan sepanjang hari. Tenangkan fikiran dan rancang perjalanan dengan lebih bijak.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

2 Comments

  1. Ada plak menteri suh naik sampan elak tol...x ke sengal namanya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suruh la diorg naik dulu baru org lain akan ikut...ckp ikut mulut boleh la..hehehhe

      Delete