11 TIPS SEBELUM PULANG KE KAMPUNG DENGAN SELAMAT

Assalammualaikum...

Semua orang sekarang ni masing-masing dah mula bercuti untuk balik beraya ke kampung halaman. Nak jumpa keluarga tercinta. Sanak sedara yang duduk berjauhan semuanya berkumpul bersama. Mana yang duduk di perantauan pun sudah mula naik kapal terbang balik ke rumah mak ayah.



Walaupun keseronokkan nak menyambut hari lebaran semakin tiba, janganlah kita lupa pada mereka yang terpaksa korbankan detik bersama keluarga untk berkhidmat pada negara dan masyarkat. Mana yang baru kehilangan orang yang tersayang di bulan Ramadhan mungkin keadaan sedikit suram.


Di sini Ida nak kongsikan 11 tips sebelum pulang ke kampung dengan selamat bagi yang duduk berjauhan dengan keluarga

11 TIPS SEBELUM PULANG KE KAMPUNG DENGAN SELAMAT

Samada kita memandu atau menaiki kenderaan awam, keselamatan mesti diutamakan walaubagaimanapun. 

1. Pastikan rumah dikunci dengan baik dan dipasang cctv. Kes kecurian banyak berlaku masa hari raya. Yelah perompak ni bukan tahu nak raya,dah die tahu time ni orang sibuk nak raya,diorang pun mulala buat kerja haram diorang tu.


2. Kunci pendua mestilah simpan di tempat yang selamat supaya elak dapat dijumpai oleh orang lain.

3. Pastikan semua suis dimatikan. Tapi janganlah mati kan suis peti ais pula. Kang tak pasal berkulat dan busuk peti ais tu nanti. Dah satu hal nak cuci balik nanti.


4. Beg dikemas dengan baik dan kalau boleh jimatkan ruang. Janganla balik 3-4 hari je tapi bawa beg sampai 2-3 beg,ni nak balik kampung ke nak terus pindah balik rumah mak ayah.heheheh

5. Bagi yang balik kampung naik bas tu pastikan tiket bas dah ada tersimpan dalam beg tangan atau galas. Kalau boleh check sampai 2-3 kali. Kang dah sampai stesen bas tengok-tengok tiket terlupa nak bawa. Dah kelam kabut nanti..

6. Pastikan minyak diisi dengan penuh. Jangan nanti tengah jalan tiba-tiba minyak kering plak.


7. Patuhi had laju. Kalau ye pun nak balik ke kampung janganla bawa kereta tu laju sangat,bukan korang je nak balik kampung kan. Lorong kecemasan hanya untuk KES KECEMASAN SAHAJA!! Jangan nak pandai-pandai masuk situ. Mentang-mentang jammed nak cepat,suka hati je die jalan masuk situ.

Jalan persekutuan : 90km/j
Lebuhraya dalam bandar : 90km/j
Lebuhraya antara bandar : 110km/j

8. Jangan lupa pakai seat belt. Kalau ada car seat untuk anak letak dalam car seat tu. Tapi anak-anak ni selalu kalau jalan jauh diorang tidur je,pening..hehehe..mesti tahu kan.


9. Masa drive jangan sibuk nak main smartphone. Taknyah nak whatsapp sangat time ni. Fokus pada pemanduan korang. Tengok jalan bukan tengok mesej.

10. Kawal stereng korang dengan baik. Jangan ekori kenderaan dari jarak yang dekat. Masing-masing tahu peraturan jarak antara kereta kan.


11. Kereta tu jangan lupa servis sebelum balik kampung. Ni tidak,air takde dalam tangki,minyak hitam tak servis,tayar tak tukar padahal bunga-bunga die dah hilang pun.huhuhu

No telefon ni korang simpan dalam phone ye kalau ada kecemasan.


Ambulans : 999
Plus : 1-800-88-0000
EKAS : 1-800-888-021
GCE : 1-300-88-0035

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

1 comment:

  1. Aku punya drive masa aku memandu bini pun aku tak bagi pegang handphone .

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS