TAKUT NAK BERSALIN,INI TAK BOLEH ITU TAK BOLEH,STRESSNYA!!

Assalammualaikum...

Bagi ibu-ibu yang anak ramai mungkin tak takut nak bersalin ni. Tapi pengalaman takut nak bersalin bagi ibu-ibu baru pada buat pertama kalinya mesti ada. Yelah masa ni kita takde apa-apa pengalaman atau merasai keperitan nak bersalin.



Sebelum bersalin mesti mak atau mak mertua akan cakap, "ala tak sakit la,sakit kejap je". Dalam hati kita mesti percaya kan.

Tapi lepas alami saat nak bersalin tu,rasa sengsara sangat sehingga kan ada yang takut nak bersalin lagi. Sehinggakan ada yang tunggu 5-6tahun baru nak mengandung lagi dan ada yang sudah tak sanggup nak hadapi saat trauma besalin lagi.

Paling tak sanggup adalah saat nak berpantang. Kalau ikut dengan orang lama-lama berpantang memang betul-betul die jaga.Mana ibu-ibu mungkin ada yang tak tahan nak berpantang cara orang lama. Memamg peraturan agak ketat skit tapi bagus sebenarnya.


TIPS ATASI SAKIT SELEPAS BERSALIN

1. Elakkan duduk terlalu lama atau bersila. Korang jalan la sana sini untuk cepat sembuhkan luka bersalin. Lagi 1 sebab taknak bagi jahitan itu terbuka.

2. Letakkan pek ais pada luka supaya ia menjadi kebas dan mengurangkan rasa sakit.

3. Tukar tuala wanita dengan kerap.

4. Biarkan faraj terdedah dengan udara lebih kerap untuk luka cepat kering.

5. Pastikan luka episiotomi yang dicuci kering selepas mandi.

6. Rendam punggung dalam air suam.

7. Pengambilan zinc untuk luka cepat sembuh.

8. Amalkan minum air dengan banyak untuk elakkan masalah sembelit. Masalah sembelit Ida pernah terseksa sangat hinggakan terpaksa masukkan ubat nak bagi berak.huhuhuh

9. Banyakkan makanan yang berfiber seperti sayuran hijau,buah-buahan,roti gandum

10. Senaman pelvic floor.


Kalau korang nak baca pengalaman Ida semasa berpantang,boleh klik di sini

Bagi ibu-ibu yang berkerja masa cuti mereka hanya 3 bulan untuk tempoh berpantang dan menyesuaikan diri anak untuk dihantar ke pengasuh.

Kalau ikut orang tua-tua kena berpantang selama 1 tahun. Tak boleh makan itu,tak boleh minum ais. Sebab kawan Ida anak dah 1 tahun pun masih berpantang tak boleh makan benda-benda berangin.

Ida?hehehehe. Berpantang bab makan semua hanya 44hari je. Lepas tu bedal je tapi takde la sampai berlebihan. Amik skit2 je..tapi bab tungku,pakai bengkung Ida still pakai selepas 44hari tu.

Mari tengok video pengalamn ibu muda ni yang hampir serik nak mengandung lagi


Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

Apa yang bestnye Set Berpantang Shaklee ni?


1. Vitalea

Bestnye vitalea ni sebab merupakan multivitamin dan mineral yang membuatkan korang rasa segar dan bertenaga. No wonder Ida boleh berpantang sendiri sambil uruskan rumah dan Asyraf. Di mana beta karotena yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan dan mengembagkan tisu. Malah untuk mengalakkan pembentukan sel darah merah, yelah masa bersalin kita kehilangan banyak darah kan. Yang bestnye sehinggakan nurse yang datang rumah tengok Ida segar je macam bukan orang berpantang.hehehehe

2. B-Complex

Dikenali sebagai vitamin anti-stress. Sebabnya selepas berslin emosi ibu akan terganggu disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Kalau orang-orang tua kata "jangan sedih2 nanti meroyan". Malah untuk melembapkan kulit.

3. Vitamin C


Ia penting untuk membantu penyerapan zat besi untuk elakkan anemia. Disebabkan 1 biji vitamin C ni bersamaan dengan 7 1/2 buah oren ia juga membantu untuk luka cepat sembuh malah ia dapat mencantikkan kulit. Serius! Ia akan membantu pembentukan kolagen pada kita. Wah..ibu berpantang still cantik beb....

4. Zinc

Memang famous untuk orang yang berpantang kerana ia bertindak untuk cepatkan proses penyembuhan luka. Ini bagus untuk ibu-ibu berpantang yang tak boleh dok diam macam Ida. Ke sana ke sini nak buat keje..heheheh. Paling best bab rambut gugur ble start makan zinc masa berpantang,rambut dah kurang gugur.

5. Ostematrix

Ni Ida paling suka sebab ia membantu untuk melawaskan perut. Betul Ia seolah-olah melembutkan najis untuk proses pembuangan. Ia mengandungi sumber kalsium,magnesium dan vitamin D yang bagus untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Lagi best kalau bab tidur,nak bangun pagi tak rasa sakit2 badan pun.

6. Alfalfa Complex

Ini diibaratkan macam "kacip fatimah". Ia bagus untuk rahim wanita dan membantu banyakkan susu. Tapi kalau anak jaundis jangan makan lagi tau!Lagi satu bestnye membantu untuk masalah sembelit,kuruskan badan dan menegangkan payudara..auww...

7. ESP Shaklee

Protein juga satu elemen penting untuk bina semula tisu-tisu badan yang rosak dan terkoyak ketika melahirkan. Juga bertindak memekatkan dan menambah susu ibu. Malah membantu untuk kuruskan badan dan cerahkan kulit. Pewit...

Hebat kan? Thatway Ida suka makan Set Berpantang Shaklee ni. Dah tak risau lagi bab nak berpantang untuk anak akan datang.hahahha.Paling best set ni tahan sampai 3bulan lebih. Cukuplah sampai korang habis cuti bersalin kalau nak repeat pun bagus untuk menyusukan anak pula. Bab kata 3 in 1 la.

Ibu pun nampak kurus dan cantik,anak dan ibu pun sihat susu pun banyak.

Bagi ibu-ibu yang berpantang atau yang rasa takut nak bersalin sebab masalah berpantang ni. Set Berpantang Shaklee amat dicadangkan untuk korang. Serius memang takkan menyesal!!

Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.


Post a Comment

0 Comments