PREECLAMPSIA BAHAYAKAN KEHAMILAN?

Assalammualaikum..

Baca pada tajuk entry mungkin ramai yang tak tahu apa itu preeclampsia. Preeclampsia adalah keadaan yang berlaku hanya semasa mengandung.Diagnosis dibuat oleh gabungan tekanan darah tinggi dan kehadiran protien dalam air kencing ,yang berlaku selepas minggu ke-20 kehamilan.Preclampsia juga dikenali sebagai toxemia dan sering terjadi akibat tekanan darah tinggi yang teruk semasa kehamilan (hypertension gestation).Preeclampsia menjejaskan kira-kita 2-6% kesihatan ibu hamil yang kali pertama hamil.




Preeklampsia merupakan penyebab kematian kedua terbesar pada kehamilan di dunia. Kematian pada umumnya terjadi akibat keterlambatan penanganan serta ketidaktahuan ibu mengenai Preeklampsia. Dan di negara berkembang, 30% dari total kematian anak saat dilahirkan disebabkan oleh Pre-Eklampsia. Kekurangan gizi menjadi salah satu penyebabnya.

Siapakah yang berisiko untuk preeclampsia?
  • Ibu kali pertama.ia sering terjadi kepada anak sulung 
  • Ibu hamil yang mempunyai pengalaman preeclampsia 
  • untuk kehamilan seterusnya 
  • Ibu hamil yang mempunyai keluarga yang pernah mengalami preeclampsia semasa kehamilan 
  • Ibu hamil yang lebih muda daripada 20 tahun dan lewat usia lebih daripada 40 umur 
  • Ibu hamil yang mempunyai tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang sebelum mengandung 
  • Ibu hamil yang terlalu gemuk atau mempunyai BMI 30 atau lebih 
Gejala Preeclampsia

Preeclampsia yang ringan
Tekanan darah tinggi ,retensi air dalam badan dan kehadiran protien dalam ai kencing

Preeclamsia yang teruk
Sakit kepala ,penglihatan kabur,ketidakupayaan untuk bertoleransi dengan cahaya terang,keletihan , loya/muntah , jarang membuang air kencing , sakit abdomen bahaguan kanan atas , sesak nafas dan kecenderungan untuk mudah lebam

Hubungi doktor anda segera jika anda mengalami penglihatan kabur , sakit kepala yang teruk , sakit perut dan / atau sangat jarang membuang air kencing

Bagaimana anda boleh mencegah preeclampsia

Tiada cara yang pasti untuk mencegah preeclampsia.Tetapi , terdapat beberapa cara boleh mengawal tekanan darah tinggi iaitu :- 
  • Kurang pengambilan garam 
  • Minum 6-8 gelas air sehari 
  • Jangan banyak makan makanan goreng dan makanan ringan 
  • Dapatkan rehat yang cukup 
  • Kerap bersenam seperti menjalani yoga kehamilan 
  • Tinggikan kaki anda beberapa kali setiap hari 
  • Elakkan minuman yang mengandungi alkohol 
  • Elakkan minuman yang mengandungi kafein 
  • Doktor anda mungkin mencadangkan anda mengambil ubat yang ditetapkan dan supplemen tambahan



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Post a Comment

0 Comments