6 JENIS MAKANAN YANG MENCERAHKAN KULIT

Assalammualaikum...

Bila bercakap tentang mencerahkan kulit ni, siapa yang tak nak kan? Kulit cerah, putih..malah banyak sekarang produk pengelupasan untuk mencerahkan kulit. Teringat kawan Ida, dulu kulit ni hitam manis je..pastu die ade pakai produk pengelupasan, Kulit die jadi merah-merah tapi memang selepas itu kulit die cerah. Nak cantik kena seksakan diri dulu? Memang Ida xnk la..so Ida xnk suka produk pencerahan ni, cukuplah dengan kulit Ida yang hitam manis ni..hehehhe..

Di sini Ida kongsikan beberapa makanan untuk mencerahkan kulit. Mana tahu korang makan ni je kulit boleh cerah tanpa produk pencerahan atau pengelupasan..





6 JENIS MAKANAN YANG MENCERAHKAN KULIT

Tomato

Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari. Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.

Strawberi

Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut. Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.

Salad

Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

Telur

Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung. Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Epal

Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).

Soya

Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon. Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.


#tukarkan pengambilan soya dengan ESP Shaklee kerana ia mengandungi soya NON-GMO..memag terbukti berkesan untuk kulit!!



Nak order? sila klik


SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA: 

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments