SELESAI SUDAH SEMUANYA

Assalammualaikum..

Haih bersawang jugak la blog ku ni. Dah beberapa hari tak update disebabkan kesibukan untuk kenduri baru-baru ni. Alhamdullilah hari sabtu  baru ni selesai sudah majlis perkahwinan adik ipar Ida dan sambut menantu sekali.











Ikutkan banyak lagi gambar yang cantik tapi cukup la ni je nak share.heheh. Yang lain belum diedit.huuhu

Tahniah apa2 pun pada adik2 ipar Ida. Selamat datang ke keluarga besar ni.

Next adik ipar sorang lagi plak.hahahah. 

"Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih "

9 PERSOALAN BAGI IBU YANG MERANCANG NAK MEMBELI PAM PAYUDARA

Assalammualaikum...

Ramai sebenarnya ibu-ibu muda yang pening sama ada nak beli pam payudara atau breastpump semasa mengandung. Ada yang fikir wajib beli ada yang fikir tak penting.


Ini antara soalan-soalan yang selalunya akan ditanya oleh ibu-ibu muda.


9 PERSOALAN BAGI IBU YANG MERANCANG NAK MEMBELI PAM PAYUDARA

1. Adakah saya memerlukan pam payudara?

Jika korang berkerja dan menyusukan bayi, tentu tiba masanya bila korang perlu memerah susu lebihan. Malah korang juga mungkin mahu menyimpan susu buat jangka masa panjang. Jadi boleh memerah, membeku dan menggunakan susu bila-bila masa. Selalunya surirumah sepenuh masa ni jarang nak beli pam payudara sebab lebih kepada direct feeding seperti Ida.
2. Berapa harganya?

Pam payudara yang tidak berkuasa elektrik lazimnya berharga di antara RM45 – RM98, sementara pam payudara berkuasa elektrik pula biasanya berharga dari RM199.90 – RM2,299. Boleh beli di kedai-kedai bayi atau secara online. Ida boleh cadangkan jika secara online di Breastpump Murah Terbaik

3. Apa pilihan yang ada?


Terdapat dua jenis pam payudara.Korang boleh memilih pam tanpa elektrik yang dikendalikan dengan kuasa tangan atau pam elektrik yang memerlukan kuasa bateri atau punca elektrik. Ada juga model yang lebih efisien dan boleh memerah susu dari kedua-dua payudara pada masa yang sama.

4. Bila saya patut membelinya?

Korang boleh mula membezakan harga ketika masih hamil. Tunggu sehingga penyusuan bayi telah tetap sebelum mula memerah susu, lebih kurang 6 minggu selepas bayi lahir. Jika si ibu atau bayi memerlukan perhatian perubatan sejurus selepas kelahiran, korang berkemungkinan tidak dapat menyusu serta-merta. Korang juga boleh menyewa pam dari hospital untuk memulakan laktasi.

5. Yang mana lebih baik?

Ia bergantung kepada kekerapan dan di mana korang akan mengepam susu. Untuk kegunaan harian, belilah sesuatu yang mudah dan efektif seperti pam elektrik.

6. Apakah ciri-ciri yang perlu saya cari?

Dapatkan pam yang mudah dipasang, mudah digunakan dan mudah dibersihkan. Ia juga haruslah selesa dan efisien. Jika memang bercadang membeli pam elektrik, pilihlah yang boleh berfungsi menggunakan kuasa bateri dan plag.

7. Bolehkah saya menyewanya?

Ya, korang boleh menyewa pam bergred hospital di hospital atau melalui perkhidmatan khas seperti Mamalink.

8. Apa lagi yang saya perlukan?



Malah ibu-ibu juga akan memerlukan botol-botol simpanan, label, berus botol, pencucui botol susu khas dan alat pensteril.

9. Adakah anda bekerja atau mahu pergi berjalan-jalan?

Jika korang akan pulang kembali bekerja, belilah pam yang ringan dan mudah alih. Korang juga akan memerlukan beg berpenebat dan segala kelengkapan yang perlu untuk memerah susu di luar rumah.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

" GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle "



klik pada banner

KERAP LETIH DAN MENGANTUK?AWASI 7 TANDA PENYAKIT NI!

Assalammualaikum...

Pernah tak korang rasa terlalu letih dan mengantuk terutamanya di waktu siang walaupun tidur korang setiap hari sentiasa cukup 8 jam. Tapi bila pagi masih rasa letih,lesu dan mengantuk. Masalah ini bukan sahaja bahaya malah mengganggu aktiviti kita seharian.



Banyak sebenarnya penyebab masalah keletihan yang melampau ni. Antaranya kurang tidur atau berehat, kurang oksigen, makan berlebihan, terlalu banyak makanan manis, suka makan lewat malam, dan banyak lagi.

Dan disebabkan penyebab-penyebab ni la yang membuatkan korang rasa letih,lesu dan mengantuk. Bukan itu sahaja ia boleh menyebabkan 7 penyakit berbahaya.


7 TANDA PENYAKIT BERBAHAYA

1. Anemia

Badan rasa letih,rasa penat walaupun buat kerja-kerja ringan. Ini kerana kekurangan jumlah hemoglobin dalam sel darah merah. Oksigen diperlulan untuk membakar zat makanan dalam sel untuk menghasilkan tenaga. Kekurangan zat besi atau vitamin, kehilangan darah berlebihan atau penyakit-penyakit seperti rheumatoid arthritis, kanser atau ginjal tidak berfungsi boleh menyebabkan anemia.


2. Kencing manis

Penat,berasa haus,kerap buang air dan lain-lain tanda bagi pesakit kencing manis. Ini disebabkan tubuh tak boleh memproses atau menggunakan insulin secara efektif sedangkan insulin sangqt penting untuk membawa glukosa memasuki sel seterusnya mengubah glukosa menjadi tenaga.


3. HIPERTIRIODISME 

Mula berasa sakit otot, lemah, turun berat badan tanpa sebab, sering berasa panas, dengup jantung meningkat, menstruasi lebih pendek dan jarang serta sering berasa haus. Pengidap tiroid akan berasa letih, kurang daya tumpuan, sering berasa sejuk dan sembelit.

4. Depresi

Selalunya akan berasa kosong, takde selera makan dan sebagainya. Mereka selalunya sentiasa berfikiran negatif dan gangguan mental yg tidak berkesudahan. Gangguan fizikal atau hormon yang tidak diatasi segera boleh menyebabkan depresi.

5. Sakit kepala

Sakit kepala terjadi pada saraf yg terletak di organ-organ wajah melibatkan kulit kepala. Reseptor saraf boleh menganggu disebut nociceptor yg berpunca drp ketegangan, stress, hormon dan pembuluh darah yang mengembang dan sebagainya.

6. Sakit punggung

Ketegangan otot dan ligamen, mengangkat berat berlebihan atau tersalah posisi ketika mengangkat beban. Ia juga boleh disebabkan oleh arthritis atau osteoporosis.

7. Sakit perut

Tiba-tiba akan berasa perut memulas lepas tu kembali normal selama beberapa minit. Jika terjadi pada orang dewasa, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus. Masalah pencernaan dan alahan makanan juga penyumbang kepada masalah ini. 

Gangguan pada organ reproduksi wanita juga boleh menyebabkan sakit perut (haid, pra-haid, tumor dan lain-lain). Kanser usus besar, hati dan perut juga merupakan sebahagian tanda-tanda selain stress, depresi dan cemas. Timbunan lemak sekitar perut boleh menekan dinding perut yang menyebabkan sakit perut. Ia biasanya dialami oleh penderita OBESITI.

sumber: Majalah Rapi



Peluang hebat jangan dilepaskan dengan pembelian Twin Pack Vivix Shaklee.

Klik di sini untuk pembelian twin pack dengan segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya