Picture of the day (2)

Assalammualaikum...

Dulu sebelum covid hujung minggu sekali sekala memang akan pergi taman permainan dekat rumah ni untuk jogging. Tapi lepas covid memang dah lama tak pergi. Tambah sekarang nak bagi anak main kat taman pun kalau boleh tak nak bagi sebab risau ramai orang pegang sana sini.


Baru minggu ni Ida start balik tapi tak jogging cuma berjalan dalam 6 pusingan macam ni. Kenapa? Sebab dah lama tak bersenam tambah Ida positif hari tu..rasa macam penat sikit jantung ni. Kat rumah memang ada buat senaman tapi bukan berlari cuma senaman biasa. 


Kiddos pun Ida tak bagi main taman jadinya lepas berjalan pusing track tu, kiddos main badminton dan roller blade je.


Nak maintain pergi sini susah sikit sebabnya malas nak keluar..hahaa..sebab tu selalu bersenam dalam rumah je..maybe nak duit boleh beli treadmill..hahaha

Picture of the day ( 1 )

Assalammualaikum...

Disebabkan laptop Ida rosak dan nak beli yang baru pun nak kena ambil masa sikit. Nak menaip guna hp pun jadi tak best. Huhu. Jadinya idea nak menulis pun takde.

Jadi kali ni Ida nak try buat entry picture of the day yang ada dalam hp ni.







Gambar ni hari Jumaat baru ni. Ida pergi rumah adik ipar kat Dungun. Kononnya nak masak lempeng nyior kat sana. Sekali bancuhan jadi basi sebab dah lama dalam bekas dan panas..angin pula kuat kemain.

Yang lain tidur sana sehari lagi tapi Ida balik. Jadinya balik tu singgah makan kat Kemasik. 1 set ni semua RM90 dapat air 1 jug free. Berbaloi ke tak?

Bagi Ida macam tak berbaloi baik order ala carte tapi tempat ni memang sedap masakannya. Masa tu kiddos dah lapar jadinya memang tak fikir banyak nak order. Badan dah penat.hahaha

KATA MADAH 62#

Assalammualaikum...




" SELALU ADA HARAPAN BAGI MEREKA YANG SERING BERDOA. SELALU ADA JALAN BAGI MEREKA YANG SERING BERUSAHA "


Doa juga senjata untuk kita berjaya selain usaha dan tawakkal. Jadi janganlah berhenti berdoa sepertimana usaha kita yang tak henti-henti. Percayalah doa kita akan termakmul juga satu hari nanti. Bukan sekarang tapi akan datang.



Adakah masa pandemik sekarang masa yang sesuai untuk membeli rumah?

Assalammualaikum... 

Situasi dengan Covid-19 yang melanda pada kita sekarang ni sebenarnya sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada ekonomi negara mahupun pada rakyat yang kehilangan punca pendapatan. Ini membuatkan pihak kerajaan mahupun pihak pemaju berusaha membantu meningkatkan kelangsungan industri ini. 


Dan ramai tertanya-tanya adakah sekarang merupakan masa yang sesuai untuk membeli rumah. Jawapannya Ya jika kita mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi dan mampu untuk membeli rumah. 

Ini kerana masa terbaik untuk membeli hartanah adalah semasa harga permintaannya yang tengah menurun mula berpatah balik dan akan meningkatt semula. Ia dikenali sebagai fasa “bottoming-out” atau di mana harga hartanah rumah jatuh ke paras yang paling rendah. 


Ini kerana pada masa ini para pemaju berusaha pelbagai cara untuk menambah nilai kepada hartanah mereka yang tidak terjual. 


Industri Penyelidikan Ekonomi Malaysia 
( MIER ) mencatatkan gambaran bahawa pendapatan purata isi rumah mengalami penurunan sebanyak 12% pada tahun 2020. Salah satu yang menyumbang kejatuhan mendadak ini ialah 70% Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia kehilangan lebih daripada 50% pendapatan semasa PKP ( kaji selidik dalam talian ). 

Selain itu ansuran bulanan selama 30 tahun juga akan mengalami pengurangan. Ini kerana tahap faedah yang diturunkan berikutan pemotongan Kadar Dasar Semalaman ( OPR ) BNM akan berada di tahap yang sangat rendah iaitu 1.75%. 

Bayaran balik anda setiap bulan akan menjadi rendah kerana adanya penurunan kadar faedah pinjaman sekiranya anda mempunyai pinjaman perumahan dengan kadar boleh ubah. 

Pemilikan hartanah ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : 

1. Hartanah yang ditawarkan secara langsung dari pemaju untuk pembeli. 

2. Penjual individu atau syarikat ( hartanah sekunder ) 

3. Hartanah dilelong 

Hartanah yang ditawarkan oleh pemaju adalah lebih baik kerana mempunyai tawaran rebat istimewa di mana boleh diberikan diskaun atau penjimatan sehingga 10-20% mengikut pakej masing-masing. 

Manfaat yang dinikmati oleh pembeli rumah 

1. Tiada caj yuran tambahan 

2. Tiada yuran guaman baik untuk urusan dokumentasi rumah atau bank 

3. Tiada kos penukaran pemilikan rumah 

4. Pengecualian deposit mengikut terma dan syarat 

Jadi mereka yan merancang untuk membeli rumah pada masa sekarang, fikirlah dengan bijak dan cubalah untuk dapatkan nasihat daripada yang pakar. Rancang dengan baik yang bersesuaian dengan kemampuan anda.

MY COVID JOURNEY

Assalammualaikum...

Actually ramai tak tahu sebenarnya Ida sekeluarga kuarantin selama beberapa minggu ni. 


Mulanya penyebaran virus covid ni si adik yang balik sekolah hari ahad tu tiba-tiba kata tak sedap badan sampai tertidur dalam kereta masa tunggu abang balik sekolah.

Balik tu terus suruh dia mandi makan lepas tu tidur rehat sekejap. Petang tu check suhu dia Allah 38 darjah ke ke atas. Terus la buat swab test. Nampak 1 line je. Esok pagi check sekali lagi swab test semalam, Allah double line. Tapi esokknya dia dah tak demam. Demam nya sehari je dah kebah sebab Ida kerap suruh dia pergi mandi. Ubat demam tetap bagi makan.


    Hari ke2 kuarantin..memang sihat macam     
    biasa. Demam sehari je..batuk semua takde

Bermula kuarantin tapi still duduk main macam biasa sebab fikir mungkin test kit tu detect demam sebab takde simptom yang lain. Check suhu,oksigen setiap hari alhamdulillah normal. Kiranya takde la sampai melarat. 4-5 hari lepas tu check dah negatif, kira tak sampai habis kuarantin dia dah ok. Lepas tu berjangkit la kat orang lain. Last sekali Ida. 


Alhamdulillah si abang tak kena..dari awal sampai last check dia negatif. Ida la yang kena kuarantin tapi still keluar untuk masak semua sebab takde siapa nak uruskan. Keluar bilik pakai mask..jarakkan dengan anak-anak. Masak cepat-cepat terus masuk bilik. Tawakkal je supaya tak kena kat anak-anak. Kalau tak masak siapa nak uruskan semua. Mak-mak faham la.9

                    Swab test hari ke 3

Ida mulanya dari awal memang dah rasa macam panas je badan..check suhu oksigen semua ok. Bila buat swab hari sama masa si Aqil tu negatif. Lepas daripada tu la tiba-tiba mula rasa sakit tekak semua..tak sedap badan. Suhu check tak sampai la 38 lebih..tapi 37 ke atas macam tu. Oksigen semua normal.

Lepas tu buat la swab sekali lagi..nohh..positif. Keluar double line tapi samar-samar. Nasib baik la sebelum tu masa tak sedap badan memang dah kuarantin siap-siap sebab rasa tak sedap hati tambah masa tu sakit tekak..hidung sumbat semua tapi tak selsema. 

               peneman masa kuarantin


Vitamin C memang Ida ambil double masa kuarantin. 2 biji pagi..2 biji malam. Ubat demam dan ubat batuk tetap makan juga. Lepas tu ada kumur dengan Betadine.


3 hari lepas tu check sekali lagi masih positif tapi badan dah sihat. Cuma kahak masih ada..rasa lagi gatal tekak. Masa hari ke- 6 Ida kuarantin tu baru la Ida swab sekali lagi..alhamdulillah dah negatif tapi Ida still kuarantin. Mask tetap on pakai sebabnya masih ada rasa kahak dalam mulut. Risau kena kat kiddos. 

                    Swab test hari ke 6

Lepas tu Ida try buat air yang Mama (mak tiri) bagi petua untuk yang dah habis covid ni. Orang kata ada simptom macam long covid..effect lepas habis covid ni. Kebanyakkan anak sedara mama jadi macam ni..dah negatif tapi still batuk gatal tekak. Caranya didihkan 2 slice lemon, kulit kayu manis, halia dengan sedikit gula merah tapi Ida letak gula melaka sebab gula merah habis. Didihkan tu pastu minum la suam-suam. 

                   Air lemon+ kulit kayu           
         manis+cengkih+halia+gula melaka


Hari pertama Ida buat alhamdulillah rasa ok sikit tekak. Esokknya ida try campur sikit dengan bunga cengkih. Sedap je buat macam ni minum suam-suam. 

Alhamdulillah sekarang semua dah sihat. Cuma Ida still berjaga-jaga pakai mask semua kalau dekat dengan kiddos. Dua tiga hari ni kerap sakit kepala mungkin effect dia juga. 

Uolls pun berjaga-jaga juga. Jagalah SOP even uolls pergi ke kedai. Sebab benda ni kita tak dapat sedangkan Ida sendiri bukan ke mana pun..ke kedai memang kiddos tak ikut. Diorang pergi sekolah je..kalau petang-petang main pun pakai mask. Benda tak jangka kan..semua kuasa Allah alhamdulillah kiddos tak melarat demamnya. Budak-budak antibodi diorang memang kuat kalau boleh bagilah diorang makan vitamin C.  Banyak minum air. Ingatkan supaya pakai mask..kerap basuh tangan. #kitajagakita okay!