NURSING STRIKE : ANAK REJECT SUSU BADAN

Assalammualaikum..

Kadang-kadang ada bayi yang mengalami nursing strike. Apa itu nursing strike? Nursing strike adalah satu keadaan di mana tiba-tiba bayi menolak untuk menyusu badan. Kenapa saya upkan entri ini? Sebab saya sedang mengalaminya, walaupun stress tapi nak juga share pada ibu-ibu yang tidak tahu tentang ini. YANG PENTING JANGAN GIVE UP ATAU TERLALU STRESS sebab ia boleh menganggu susu anda.

Ida pernah mengalami nya masa umur Asyraf 1 tahun lebih.Memang stress sgt..bayangkanlah apa2 susu pun die xnk..air kotak dutchlady pun xnk..( memang Ida xbgi sgt susu dutchlady sbb susu lembu ), Macam2 cara Ida try, perah susu letak dalam botol die xnk, minum dalam cawan pun xnk..sumbat syringe pun xnk..memang frust sgt2..malam2 menangis je..lapar nak susu, tp die xnk..smpai bengkak breast Ida. Nasib baik xdemam..
.



So apa yang Ida buat?

Ida kenyangkan perut die dengan nasi, air milo, roti,,nasib baik selera makan die ok..xde masalah, just xnk minum susu je. Yang seksanya time malam la, die bila berjaga malam memang akn minum susu tp bila xnk tu..aduh..menangis je..benda ni jadi tak lama. Dalam 3-4 hari cmtu la..so masa die main2, die datang kt Ida. Saja la bagi die susu, tgk2 die minum. Alhamdullilah..dan Ida berjya susukan Asyraf sehingga 2 tahun. Amin

Ni rujukan yang Ida jumpe masa Asyraf jadi cmtu. Ida amik ni dalam group Kumpulan Ibu2 Menyusukan ( KIM )


Punca - punca nursing stikes (NS):

  • Mastitis. Suplly susu ibu boleh berkurangan selepas demam/jangkitan dan kandungan sodiun/garam dalam badan boleh meningkat, menjadikan susu ibu sedikit masin.
  • Teething. Sesetengah bayi yang sedang tumbub gigi, mahu df dgn lebih kerap, tetapi sesetengah bayi, tidak mahu menyusu langsung.
  • Masalah kesihatan. Jika bayi menglamai hidung tersumbat, yis infection(thrush)sakit tekak atau sakit telinga, ia juga boleh mengganggu penyusuan. Jika masalah jangkita telinga yang menjadi punca, cuba menyusukan anak sambil bayi dlm keadaan duduk atau dlm posisi football.Jika hidung trsumbat dan juga ke sthrush, dptkan rwtn dari klinik.Bayi yang sedang sakit juga lebih mudah menerima botol ketika ini kerana mekanisma menghisap puting botol lebioh mudah berbanding puting ibu.Jangan kecewa jika ibu2 sedang mengalami situasi ini.
  • Reaction to stress. Punca reaksi terhadap stress antaranya:
  1. Diganggu oleh adik beradik lain ketika menyusu
  2. berpindah tempat baru
  3. terperanjat oleh ibu overreacted apabila digigit ketika menyusu
  4. stress ibu( masalah tempat kerja, masalah keluarga, kesedihan melampau) 
  5. ibu telah lama berjauhan dari bayi(atas urusan kerja dll)
  • Low milk supply. Disebabkan kesibukan/kurang mengepam atau si ibu jatuh sakit.
  • Slow milk let down reflect( menyebabkan bayi tidak sabar apabila menyusu)- jika boleh, stimulate nipple sebelum df supaya milk letdown reflect(LDR) lebih cepat
  • A change in the taste of the milk. Si ibu menyapu krim/perfume/bedak /sabun pada badan yang menyebabkan bau bdn ibu berubah.Penmakanan ibu juga boleh mempengaruhi bau susu ibu
  • Cara memujuk anak yang mogok susu untuk kembali menyusu:

1. Bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana aliran susu yang terlalu laju > ibu-ibu boleh perah terlebih dahulu sebelum menyusu agar aliran susu lebih baik & puting lebih panjang

2. Kerapkan menyusu, susukan bayi sebelum dia terlalu lapar atau sebelum dia menangis

3. Cuba susukan ketika bayi mengantuk atau baru terjaga dari tidur

4. Ubah posisi menyusu di tempat yang kurang gangguan, bilik yang sunyi & malap

5. Cuba susukan dalam keadaan bergerak spt berjalan, mendodoi, mengenjut dsb.

6. Lakukan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang boleh

7. Latih bayi menghisap jari telunjuk atau kelingking ibu untuk melatih dia menjatuhkan lidah untuk menyusu

8. Jika bayi tidak mahu menyusu kerana aliran susu perlahan, pastikan terus menyusukan bayi sebelum ibu memerah susu

9. Sekiranya bayi membuat ragam ketika ibu memujuknya, berhenti dahulu & tenangkan bayi, cuba lagi sehingga berjaya

Biasanya tempoh ini tidak mengambil masa yang lama (bergantung kepada bayi). Ibu-ibu perlu memerah susu seperti biasa. Gunakan pam yang boleh memerah susu secara serentak (double pumping) bagi meningkatkan hormon pengeluaran susu.

Beri susu perahan kepada bayi dengan sudu, picagari, penitis ubat & cawan. Penggunaan botol boleh dielakkan. Jika terpaksa guna botol pastikan puting yang digunakan mempunyai aliran susu yg perlahan supaya bayi bekerja keras untuk minum daripada botol, jadi dia lebih mudah beralih untuk menyusu badan.

Selamat mencuba!

Jika ada tip lain, boleh kongsikan di bawah ya :)

Post a Comment

0 Comments