Pages

RESEPI KERABU SOTONG SUHUN

by - 10:36:00 AM

Assalammualaikum..

Hujung minggu ni sambil memikirkan apa nak menulis dalam blog ni. Tiba-tiba terasa nak makan kerabu la plak. Bahan-bahan belum ada jadi kita buka facebook dulu cari resepi yang best.hahaha.

Hari ini Ida nak kongsikan resepi kerabu sotong suhun.




RESEPI KERABU SOTONG SUHUN


Bahan-bahan :


  • 400gm sotong 
  • suhun 
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang 
  • 2 sudu besar sos ikan 
  • 1 sudu besar gula 
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • 4 - 5 bj limau kasturi ~ boleh ganti dengan limau nipis/lemon 
  • kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak dan buangkan kulit 
Bahan hiris :

  • 1 labu bawang besar 
  • 5 biji cili api 
  • 1 biji cili merah/hijau 
  • kacang panjang 
  • daun ketumbar 
  • carrot ~ dipotong seperti mancis 
  • 1 biji tomato ~ dibuang bahagian dalam dan dihiris panjang
CARA-CARA :

1. Rendam suhun dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan
3. Panaskan kuali dan goreng sotong hingga keluar air dan sotong masak (jangan terlalu lama nanti sotong liat) Jangan sesekali dimasukkan air sebab nanti sotong akan keluarkan airnya sendiri.
4. Toskan sotong yang dah siap dimasak.
5. Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam mangkuk.
6. Perahkan jus limau kasturi dan gaul hingga sebati.
7. Rasakan biar ada rasa masam secukupnya.
8. Sedia untuk dihidangkan.

kredit: Resepi Lauk pauk sedap

SELAMAT MENCUBA!

You May Also Like

6 comments

Sponsor