Pages

Saturday, May 19, 2018

RESEPI KUIH DORAYAKI

Assalammualaikum...

Selamat berbuka puasa kepada semua. Sebut pasal uih dorayaki ni aka kuih doraemon memang Ida suka sangat masa zaman seolah dulu. Kalau setiap kali pergi pasar malam mesti cari kuig dorayaki ni. Tapi sekarang dah jarang-jarang nampak orang jual kuih ni.



Jom Ida kongsikan resepi kuih dorayaki yang Ida jumpa dalam laman sosial facebook.

RESEPI KUIH DORAYAKI

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar air 
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Inti (coklat, kacang merah, strawberry dan lain-lain)
Cara-caranya:

1. Masukkan telur dan gula dalam mangkuk. Pukul guna whisk sampai berbuih.


2. Masukkan madu, minyak dan esen vanila dan gaul sebati.

3. Ayakkan tepung dan baking soda ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.

4. Masukkan air dan gaul lagi hingga sebati.


5. Panaskan non-stick pan dan masukkan sesenduk adunan.Gunakan api kecil je tau.

6. Masak je macam masak lempeng.

7. Lepas tu boleh la letak inti kegemaran korang.

Mudah je kan?

SELAMAT MENCUBA!
6:42:00 PM / by / 4 Comments

4 comments: