Pages

Friday, January 5, 2018

RESEPI POPIA SAYUR YANG SIMPLE DAN MUDAH

Assalammualaikum...

Beberapa hari lepas Ida ada beli kulit popia sebab si Aqil asyik cakap nak makan lepas die tengok gambar kat kedai. Ida pun memang dah lama tak buat popia ni sebab bila buat sikit je, ada lebih kulit popia tu dia jadi keras. Lepas tu terbuang macam tu je. So kali ni beli memang nak buat lebih inti, buat sampai habis sepaket tu.hehehe


Ida suka buat simple-simple je, senang kata bahan yang mudah untuk dibuat, Taknak banyak-banyak, penat nanti.hahaha. 


Jadi ini Ida kongsikan resepi popia sayur yang simple dan mudah untuk korang cuba untuk makan petang. 

RESEPI POPIA SAYUR YANG SIMPLE DAN MUDAH

Bahan-bahan:

  • lobak merah dipotong panjang (jangan halus atau tebal ye)
  • timun dipotong panjang
  • telur
  • black pepper
  • garam
*telur ni Ida buat telur dadar dulu lepas tu gulung dan potong.
*kalau ada sengkuang pun sedap jugak. Ikut citarasa korang

CARA-CARANYA:


1. Dah siap sediakan semua bahan-bahan tu. Boleh la mula memasak. 

2. Buka api, masukkan sedikit planta. Taknak letak pun takpe sebab nanti akan berair disebabkan timun tu so jenuh nak tunggu die kering.

3. Masukkan lobak merah dulu, bagi masak sedikit. Baru la masukkkan timun dan terakhir sekali telur.

4. Masukkan la garam dan black pepper tu. Ikut citarasa korang macam mana.

5. Dah gaul sebati, rasa pun dah sedap. Tutup api dan biarkan sejuk.

6. Bila inti dah sejuk, bolehlah mula proses menggulung popia plak. Tak tahu cara die korang boleh tengok kat belakang paket kulit popia tu.

7. Dah siap semua, boleh la terus goreng. Kalau nk buat frozen, boleh goreng sikit lepas tu simpan. Tapi Ida aritu malas nak goreng, terus letak bekas dan masuk peti je. Bila nak keluarkan tu, jangan nyah frozen terlalu lama sebab nanti die berair dan lembik. Kulit akan terkoyak


Dah siap. Boleh la makan petang-petang dengan sos cili thai, buat pula air kopi. Sedap tu..hahaha


SELAMAT MENCUBA! 
5:57:00 PM / by / 4 Comments

4 comments: