Pages

Thursday, November 30, 2017

RESEPI SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN

Assalammualaikum...

Dah lama tak kongsi resepi dengan korang. Bila snap, post dalam instagram pastu lupa nak share resepi dalam blog plak. 


Ida jarang beli sayur kangkung ni tapi kebetulan aritu teringin plak nak makan, so kena la beli kan. Jadi encik suami suruh masakla sayur kangkung goreng belacan, kebetulan kawan die ada bagi belacan Sarawak. 


Salah satu sebab jarang masak kangkung goreng belacan ni sebab belacan la. Suami ada resdung tambah Ida pun boleh menjadi plak resdung tu. Kena la jaga makan. Tapi peliknya belacan Sarawak ni suami makan tak gatal hidung. Sedangkan dia memang senang alah dengan belacan ni. Habis sakit perut.

Suami Ida kata maybe belacan Sarawak ni lain skit kot. Kalau belacan kampung biasa memang habis la sakit perut, gatal hidung semua. OK dah..kita kongsi resepi plak ye. Walaupun tak snap gambar sebelum memasak, takpe la Ida kongsi jugak

RESEPI SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
  • sayur kangkung
  • belacan (ikut banyak mana sayur. Ida letak dalam 1sudu teh je)
  • ikan bilis
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili padi
  • cili merah
Cara membuatnya:

1. Korang blender semua bahan-bahan ka atas kecuali sayur kangkung la. 

2. Panaskan kuali dan letak minyak skit. Tumis bahan-bahan blender tadi sampai naik bau dan garing skit.

3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam jangan banyak sangat pula. Sebab dah ada ikan bilis, kang terlebih masin.

4. Lepas tu masukkan la sayur kangkung yang dah dipotong.

5. Gaul sampai sebati dah siap.

Boleh la makan dengan nasi panas-panas dan lauk lain. Sedapnya.

SELAMAT MENCUBA!


6:17:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment