8 CARA ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS DENGAN BERKESAN

Assalammualaikum...

Baru je ke tandas tadi, terasa nak ke tandas buang air kecil sekali lagi. Bila masuk keluar sedikit je, kadang kala beberapa titis ni. Pernah tak sesiapa alami masalah macam ni? Kalau sekali sekala tiada masalah tapi kalau hampir setiap hari jangan la dibiarkan sahaja ia terus berlarutan. Segera la buat pemeriksaan di klinik. 



Selalunya kencing tak lawas ni berlaku kepada golongan ibu-ibu mengandung tapi sebenarnya masalah kencing tak lawas ni boleh berlaku pada semua orang tidak kira usia. Semakin berusia seseorang semakin tinggi risiko untuk alami masalah kencing tak lawas ni. Dianggarkan 25% perempuan dan 5% lelaki yang berumur bawah 65 tahun akan alami masalah kencing tak lawas ni.



Ada 3 jenis kencing tak lawas ni iaitu:


  1. Keluar air kencing berterusan tanpa keinginan untuk kencing
  2. Air kencing menitis ketika meneran,mengbongkokkan badan 
  3. Keinginan yang kuat untuk kencing dalam masa yang singkat
Puncanya? 

Bagi mereka yang tiada masalah lain mungkin disebabkan kurang minum air suam. Selain itu ia mungkin disebabkan oleh suka menahan kencing, jangkitan kuman, pembesaran prostat, diabetes, barah pundi kencing atau mungkin masalah lain. Sebab itu la sangat penting untuk membuat pemeriksaan dengan segera.

8 CARA ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS DENGAN BERKESAN

1. Banyakkan minum air suam


Pengambilan air yang mencukupi sangat membantu supaya proses pembuangan air kecil menjadi lebih lancar. Takde masalah untuk minum air yang banyak dari sebelumnya sebab ia akan keluar juga melalui air kencing.

2. Air dauh sireh




Petua lama boleh gunakan daun sireh dan rebus. Tapis dan minum airnya. Boleh minum sebanyak 2 kali sehari.

3. Air barli


Sedap minum air barli ni kalau suam-suam kan. Rebus biji barli tu sampai kembang selepas tu minum dan makan barlinya sekali. Sedap. Bagi Ida berkesan semasa Ida buat dulu. Kalau korang malas sangat nak rebus, pergi minum kat kedai je.hehehe.

4. Jus nenas


Kupas nenas, kisar dan tapis airnya untuk diminum. Boleh amalkan 2 kali sehari tapi bagi ibu-ibu yang hamil, jangan buat pulak ye.

5. Air basuhan beras yang terakhir


Air basuhan beras ni ikutkan petua lama memang bagus untuk masalah kencing tak lawas dan untuk siapa ada masalah jerawat. Ia macam "mencuci benda kotor" dalam badan ni. Tapi kalau korang nak buat minum, basuh beras dengan air suam la ye. Air yang dimasak, jangan minum air paip pulak.

6. Amalkan pemakanan yang seimbang


Ini sebenarnya membantu supaya badan mendapat nutrisi dan zat yang mencukupi supaya supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Juga jangan lupa banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

7. Bersenam





Senaman sebenarnya juga boleh membantu atasi masalah kencing tak lawas ni. Korang boleh lakukan senaman "squat jump" dan "senaman kegel" untuk menguatkan otot-otot kita. 

8. Pengambilan supplement

Dengan kesibukan sekarang, memang ramai yang cari alternatif yang lebih sihat. Salah sataunya dengan pengambilan supplement atau makanan tambahan.

Bagaimana set ni membantu?


1. Garlic Complex

Garlic merupakan antibiotik semulajadi yang dapat membantu dalam masalah jangkitan kuman dan sebagainya.

2. Alfalfa Complex

Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang. Dalam masa yang sama membantu membuang toksin dalam badan.

3. Gla Complex

Memperbaiki masalah kerap kencing dan masalah prostat bagi lelaki. Sesuai diambil oleh perempuan mahupun lelaki.


Klik di sini untuk pembelian segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:


(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Post a Comment

3 Comments

  1. Takut sgt..nenek sy kena batu karang..seksa..sbbtu kena pastikan byk minum air masak..jgn tahan2 kencing..

    ReplyDelete
  2. GV pernah kena batu karang. Kebanyakan info di atas mmg GV ikut mcam minum air nenas dan banyakkan minum air suam. Just yang air basuhan beras tu mmg GV tak berani lagi. huhu.

    ReplyDelete