Pages

6 CARA ELAKKAN DARI BERLAKU SERANGAN JANTUNG

by - 7:28:00 PM

Assalammualaikum...

Jantung merupakan organ yang sangat penting dalam badan kita yang berfungsi untuk mengepam darah bagi membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah kita. Ini sebabnya penjagaan jantung yang sihat amat penting bagi mengelak dari berlakunya masalah seperti serangan jantung.



Serangan jantung merupakan penyakit yang paling tinggi berlaku selepas stroke. Ia boleh berlaku kepada sesiapa pun tak kira usia mahupun jantina. Serangan jantung ni boleh berlaku secara mengejut dan kebanyakkannya akan berakhir dengan kematian. Ini kerana ia merupakan "sakit dalam diam". Mungkin kita lihat seseorang tu sihat tubuh badannya tapi pada suatu saat bila tiba-tiba terkena serangan jantung ni, seseorang tu akan terus maut.

Image result for SERANGAN SAKIT JANTUNG

Bagaimana serangan jantung boleh berlaku?

Related image

Secara ringkasnya serangan jantung ni berlaku apabila otot jantung kita ni tidak menerima bekalan darah yang mencukupi. Ia mungkin disebabkan oleh pembentukan plak yang mengecilkan ruang salur darah yang akan menganggu pengaliran darah ke dalam badan.

Pembentukan plak boleh berlaku disebabkan enapan lemak, kalsium, protein dan sel yang telah rosak. Bila plak ni semakin mengeras, ia akan pecah atau rapuh dan akan menganggu pengaliran darah akan menyebabkan terhasilnya gumpalan darah beku. 

Gumpalan darah beku ni la yang akan menghalang saluran darah kita sepenuhnya. Apabila pengaliran darah yang tersekat atau tidak lancar, bekalan oksigen dan nutrien juga tak cukup, ini la penyebab berlakunya serangan jantung. 

6 CARA ELAK SERANGAN JANTUNG

1. Pemakanan yang sihat

Related image

Pemakanan yang sihat sebenarnya sangat membantu bagi elakkan dari terjadi masalah seperti seperti gula tinggi dalam darah (diabetes), tekanan darah tinggi, obesiti (berat badan berlebiha) dan sebagainya. Jadi pastikan korang makan zat dan nutrisi yang mencukupi setiap hari.

2. Senaman

Image result for senaman

Walaupun ramai yang susah nak bersenam tapi jika ada masa lapang jangan lupa untuk bersenam. Bila bersenam kita akan berpeluh dan dalam masa yang sama, segala otot dan organ kita akan berfungsi dengan baik. Pengaliran darah kita juga akan menjadi lancar.

3. Kawal stress

Related image


Memang susah nak kawal masalah stress ni. Jadi sekali sekala cuma terapi kan diri dan minda. Pergi bersiar-siar atau bercuti untuk tenangkan hati dan minda. Banyakkan berdoa supaya kita boleh elakkan dari masalah stress yang melampau. Ini kerana stress yang kronik boleh menyebabkan darah kita naik dan berisiko kepada serangan jantung.

4. Berhenti merokok

Related image

Ramai yang merokok ni sebenarnya tidak sayangkan jantungnya. Kenapa? Sebabnya toksin dari rokok yang masuk ke dalam badan boleh menyebabkan penyumbatan pada salur darah berlaku. Bila semakin banyak, saluran darah juga akan semakin mengecil dan oksigen juga tak boleh sampai ke jantung. 

5. Lakukan pemeriksaan

Related image

Ramai orang yang malas nak buat pemeriksaan atau medical check-up ni. Malas nak menunggu dan beratur, ada juga sebab takut kalau tiba-tiba doktor bagitahu kita sakit. Itu la lumrah manusia. Cegah dari awal taknak, nak tunggu sakit baru la mula nak risau. Lakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali pun bagus.

6. Pengambilan supplement

Bila pengambilan nutrisi dalam diet kita tak mencukupi sebab itu la terciptanya makanan tambahan ni atau supplement. Ia membantu melengkapkan nutrisi yang tak cukup dalam badan kita


Bagaimana supplement ni membantu?

1. Phytocol-ST
Membantu menghalang kolesterol dari makanan harian dari memasuki salur darah. Bila kolesterol tidak boleh memasuki salur darah dan risiko salur tersumbat adalah rendah

2. Omega Guard

Membantu menurunkan paras LDL (kolesterol jahat punca utama sakit jantung) dalam darah dengan cara meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) secara semula jadi. 

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan paling tulen dan pembekal HDL terbaik untuk atasi sakit jantung

3. Vivix

Membantu melindungi sel jantung dari penuaan, membaikpulih sel jantung yang rosak dan memelihara kesihatan salur darah untuk fungsi jantung yang sihat. Vivix satu-satunya produk kesihatan di pasaran yang membaiki terus ke dalam sel DNA badan.



Jadi sayangilah dan jaga la jantung kita dengan sihat. Ia adalah amanah kita untuk kehidupan yang lebih baik.

Klik di sini untuk pembelian segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:


(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

You May Also Like

4 comments

  1. Nice info.. Bab makan tu yg pencetus kepada penyumbang sakit jantung di Malaysia...

    ReplyDelete
  2. Suami slalu kena serangan sesak nafas..tbe2 pengsan..banyak kali masuk hospital..umur baru 29 masa tu.. tp cek jantung semua ok.. mmg setahun la juga pelik asik cek jantung tpi result ok..cukup riso.. rupanya2 buatan org.. mmg nk bg jantung bhenti.. nasib baik sempat dirawat.. nasihat sy jika tbe2 jatuh sakit, dah p jumpa doktor checkup byk kali tp doktor decide xde ape2 cepatla p berubat darussyifa..

    ReplyDelete

Sponsor