Pages

11 CIRI-CIRI ANAK AUTISME YANG BOLEH DIKENALPASTI LEBIH AWAL

by - 5:56:00 PM

Assalammualaikum...

Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada kanak-kanak. Kanak-kanak ni alami gangguan neurobiologis yang menjejaskan fungsi otak dan menyebabkan anak sukar berinteraksi atau berkomunikasi dengan dunia luar.



Memang ramai ibu bapa tidak dapat mengesan yang anaknya alami autisme sebab tingkah lakunya kadang kala sama dengan kanak-kanak yang bukan autisme. Tetapi jika dapat dikesan lebih awal, ini boleh dilatih  lebih awal untuk selamatkan keadaan.


Kalau dulu Ida perasan nurse takde buat ujian pasal autisme ni pada anak-anak tapi masa terakhir Ida bawa Aqil checkup di klinik kesihatan, nurse ada bagi ujian atau macam soalan la pasal perkembangan anak-anak. Masa ni usia die 2 tahun lebih rasanya. Sebab itu la penting untuk lihat perkembangan anak kita dari masa ke semasa.

Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya.


Tanda-tanda awal autisme pada kanak-kanak memang berbeza. Ada yang menunjukkan kelainan pada usia beberapa bulan selepas lahir dan ada juga yang menunjukkan ciri-ciri yang jelas pada usia antara 18 hingga 24 bulan. 

11 CIRI-CIRI ANAK AUTISME


1. Perbualan satu pihak. Contoh tidak ada tidak balas apabila kita memberikan senyuman.

2. Tidak menunjukkan minat.

3. Mengulangi perkataan atau percakapan yang sama.

4. Tidak bermain dengan baik atau hiperaktif. 

5. Suka mengibaskan tangan atau memusingkan badan setempat.

6. Ketawa berdekah-dekah yang tidak sesuai dengan keadaan atau ketawa secara tiba-tiba

7. Suka memutarkan objek atau terlalu obsesi dengan sesuatu benda.

8. Tiada eye contact bila berkomunikasi

9. Benci perubahan atau tidak biasa dengan keadaan yang baru

10. Tidak suka bermain dengan orang lain. Suka bersendirian dalam dunianya sendiri. 

11. Mudah sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan dan sebagainya.

Jadi penting bagi ibu bapa untuk kesan ciri-ciri atau perkembangan anak-anak dengan lebih awal. Ibu bapa jangan rasa kecewa jika anak autisme ni tapi sabarla dan berbangga la sebab mereka adalah istimewa. 

Ini ada beberapa web yang menyokong anak-anak Austisme ni: 


Semoga ini memberi manfaat!


You May Also Like

2 comments

  1. Hmm ibubapa yg ade anak autism ni kira tahap kesabaran dia mesti tinggi sangat.

    Jemput join :)
    https://mimintalk.blogspot.com/2017/11/blog-hop-giveaway-by-yasmin-aris_51.html

    ReplyDelete

Sponsor