Pages

SHOPPING PRODUK INNISFREE DI HERMO MALAYSIA

by - 7:46:00 PM

Assalamualaikum...

Nak dijadikan cerita minggu lepas en suami ada beli deodorant spray jenama " D" di Watson. Dalam beberapa hari dia pakai tu, en suami mengadu ketiak dia pedih. Tengok jadi hitam macam terbakar. Ketiak pun jadi macam kering.



Kebetulan masa tu Ida ni ada buat operasi "bebas bahan kimia" dengan produk-produk yang ada dekat rumah ni termasuk la segala sabun mandi, skincare, losyen dan sebagainya.

Rupanya hampir 90% juga produk yang kami gunakan selama ni ada bahan kimia.huhu. Memang susah nak jumpa produk organik yang mampu milik ni. Jadi Ida pun usaha la cari sabun yang boleh dipakai sekeluarga dan tak menyebabkan kanser. Salah satu nama sabun mandi tu ialah dari jenama "S" dari Jepun. Dekat mall, Watson atau Guardian pun korang boleh cari. Ida taknak la bagitahu, jatuhkan perniagaan orang lain pula so pandai-pandai la korang cari.


Kalau bab skincare, makeup ni memang Ida akan check setiap label produk untuk pastikan ia memang selamat, organik, low kimia dan sebagainya. Taknak dah main beli je mcam dulu. Yelah kalau bab produk kecantikan ni perempuan mana yang tak suka kan. Asal tengok orang lain pakai cantik, so kita beli tanpa check label dulu.

Related image

Ida ada nak tukar bedak powder yang ada sekarang ni. Saja nak cuba produk lain pula mana tahu lebih ok. So en google la yang membantu nak research segala jenis produk dan terjumpa la Ida dengan produk Innisfree dari Korea ni. Kebetulan masa tu Hermo Malaysia ada buat sale, so Ida saja la survey harga kat situ.

Memang fikir agak kecil jugak la packaging die tapi itu la namanya organik. Harga memang mahal skit tapi insyaallah masih selamat.

Innisfree No Sebum Mineral Powder




Kalau korang jenis kulit berminyak, memang diwajibkan pakai bedak jenis powder tau bukan jenis compact. Kulit Ida jenis kering tapi disebabkan ada masalah pori-pori terbuka so Ida lebih selesa pakai yang jenis powder ni. Bedak Innisfree ni 5 g je, memang comel je. Nak bawa pergi travel letak dalam poket pun boleh.hehehe. Bau die pun mint dan tekstur die lembut je macam bedak baby pun ada. Harga Ida beli ni RM20 sahaja.

Innisfree Jeju Volcanic Blackhead Out Balm




Ini Ida beli sebab kalau pembelian 2 barang ke atas akan dapat free pos dan dapat free sample jugak.hehehe. So cari la mana yang kenan. Kebetulan Ida pun ada masalah blackhead dan whitehead ni terutamanya di bahagian hidung dan dagu. Bagi Ida balm ni ok, tak kasar macam scrub. Kalau scrub selalunya kebanyakkan kita ni suka gosok kuat-kuatkan. Nak bagi hilang blackhead tu tapi balm ni lain. Korang gosok guna hujung jari ye dengan lembut dalam 3-5 minit. Memang terasa licin je hidung ku.hehehe. So memang rekeman.Balm blackhead ni harga ia RM17.50

Macam best je guna produk Innisfree ni. Menarik. Nanti boleh la tengok produk lain pula.

Korang boleh beli produk Innisfree ni di Hermo Malaysia ye..kat Atlhea pun ada tapi masa Ida cari dah habis bedak ni kat Atlhea. Harga tetap sama k..jangan risau

Sekarang ada #MyCyberSale di #Hermo Malaysia, korang pergi la jenguk




Selamat bershopping!

You May Also Like

3 comments

Sponsor