10 TANDA-TANDA BUAH PINGGANG SUDAH ROSAK YANG PERLU KITA TAHU

Assalamualaikum...

Ramai orang fikir mereka sudah menjaga kesihatan dengan baik. Makan ikut suka hati je, malas nak bersenam dan sebagainya. Selagi tak jatuh sakit tak perlu buat pemeriksaan. Sikap ini la yang selalunya akan menyebabkan seseorang itu mula akan menyesal apabila tiba-tiba ia jatuh sakit dan akhirnya disahkan sudah pada tahap kronik


" Aku sihat je, mana pernah sakit pun. Kalau sakit pergi jelah jumpa doktor amik ubat"
" Malas la nak jumpa doktor makan panadol je"

Semua orang mempunyai buah pinggang yang berbentuk seperti kacang merah di dalam badan. Walaupun ada sesetengah orang yang hanya hidup dengan sebelah buah pinggang sahaja, ia tetap penting. Ini kerana fungsi buah pinggang ialah sebagai penapis untuk membersihkan darah, memelihara keseimbangan garam dan mineral dalam tubuh dan mengawal tekanan darah.

Image result for buah pinggang

Apabila buah pinggang dah mula rosak, lebihan cecair dan sisa buangan tubuh tidak akan dapat dikumuh keluar dengan sempurna melalui air kencing. Bila perlbagai gangguan yang berlaku pada tubuh, makan akan mula berlaku pelbagai penyakit. Punca utama masalah buah pinggang rosak ialah kencing manis. 



Sebenarnya apa pun yang kita makan, masuk dalam mulut ni jika tidak terkawal atau berlebihan ia akan menyebabkan buah pinggang kita ni tidak dapat seimbangkan dan keluarkan ia dari badan. Sebab itu la sangat penting untuk jaga pemakanan kita dan jalani gaya hidup yang sihat.

10 TANDA-TANDA BUAH PINGGANG SUDAH ROSAK

1. Susah nak tidur

Related image

Mungkin korang fikir susah nak tidur sebab terlalu memikirkan banyak perkara tapi ni sebenarnya salah satu tanda buah pinggang rosak. 

Bila buah pinggang tidak melakukan proses penapisan dengan baik, toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah. Toksin ini akan menjadi penyebab korang sukar untuk tidur atau orang panggil "Sleep apnea". 

2. Kerap berasa letih, lemah badan

Related image

Bagi mereka yang mempunyai buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai erythropoietin atau EPO. Hormon ini memberi signal supaya tubuh menghasilkan lebih sel darah merah untuk mengangkut oksigen. Apabila fungsi buah pinggang semakin merosot dan kekurangan fungsi hormon EPO, pengeluaran sel darah merah juga turut berkurangan. Kekurangan sel darah merah ini dipanggil sebagai anemia.

Bila kekurangan darah dalam badan itu akan menyebabkan kita akan berasa letih lemah badan dan mungkin akan menyebabkan korang kerap pengsan.

3. Sukar bernafas

Related image

Bila buah pinggang tidak dapat membantu penghasilan sel darah merah ia akan menyebabkan badan kekurangan oksigen, cepat berasa letih. Mereka yang ada masalah buah pinggang rosak ni kemudiannya akan berasa sukar nak bernafas

4. Kerap kencing

Ini juga salah satu ada kencing manis dan masalah buah pinggang. Tapi kalau korang minum air yang banyak memang akan kerap ke tandas ye. Ini sebaliknya, bagi mereka yang kurang minum air tapi kencing dengan kerap. Selalunya akan kerap kencing di waktu malam. Ini kerana kerosakan buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika aktif di waktu siang menyebabkan korang akan kerap kencing di malam hari.

5. Kulit berasa kering dan gatal-gatal

Related image

Salah satu fungsi utama buah pinggang ialah mengawal keseimbangan mineral dalam badan yang melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah.

Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak dileher untuk merembeskan hormon paratiroid. Bila hormon paratoid ni tiinggi yang akan menyebabkan kulit berasa kering dan gatal-gatal.

6. Air kencing berbuih


Image result for air kencing berbuih

Kencing berbuih berlaku apabila sistem penapis buah pinggang bocor atau telah rosak atau lebih dikenali sebagai " nephrotic syndrome". Buih-buih menandakan ada kehadiran protein yang "bocor" ke dalam air kencing korang.

7. Air kencing berdarah

Buah pinggang yang sihat akan menapis darah untuk mendapatkan nutrien serta mineral dan juga mengekalkan sel darah merah dalam badan. Tetapi apabila berlaku kerosakan buah pinggang atau kebocoran,  darah akan terkeluar bersama-sama dengan air kencing.

8. Hilang selera makan


Image result for hilang selera makan

Kalau buah pinggang telah rosak, akan berlaku keadaan mulut korang seakan-akan menelan logam. Mulut seperti hilang deria rasa dan akan menyebabkan hilang selera makan.

9. Bengkak pada mata atau kaki

Ini berlaku kerana buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan lebihan cecair dan garam sodium yang terdapat dalam darah sepenuhnya.

10. Kekejangan otot dan sakit badan


Image result for kejang otot

Buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Ini termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal dengan baik. Sebab itu la ia akan menyebabkan otot menjadi kejang.

Tips untuk elak berlaku masalah buah pinggang

1. Amalkan pemakanan yang sihat
2. Minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari
3. Berhenti merokok
4. Bersenam
5. Kurangkan berat badan bagi mereka yang alami masalah berat badan berlebihan
6. Elakkan ubat-ubat tanpa nasihat doktor

SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!



Jangan lepaskan peluang dengan pembelian Twin Pack Vivix Shaklee.



Klik di sini untuk pembelian twin pack dengan segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


Post a Comment

4 Comments

  1. Perkongsian yg bermanfaat . Tapi realitinya nak habiskan 3liters air sehari tu punyalah susah ,lagi lagi musim hujan ,😂

    ReplyDelete
  2. Pernah cuba minum 3 liter sehari. Tak mampu. Paling-paling pun 2 liter je dapat

    ReplyDelete