RESEPI MEE GORENG SEDAP DAN MUDAH

Assalammualaikum...

Lama tak kongsikan resepi-resepi ringkas dengan korang. Kadang tu dah siap masak tak ingat dah nak snap gambar ke apa. Mungkin kebelakangan ni badan tak berani nak sihat kot, rasa lemah dan mengantuk je.

Jadi hari ini Ida nak kongsikan resepi mee goreng sedap dan mudah dengan korang. Ala mee goreng je pun semua orang boleh buat kan. Tapi jangan la terkejut sebab bukan semua orang pandai memasak. Mesti ada yang baru-baru nak belajar memasak ni kan. So lebih baik kita kongsikan untuk rujukan diorang.



Nak kata bab belajar memasak ni pun Ida bukanla pakar tapi semuanya belajar sendiri dan jenis suka main campak-campak je bahan. hahaha. Kalau time kena sedap la..tapi time tak kena rasa tu hentam jelah.hahaha


Ok so jom kita mulakan resepi mee goreng sedap dan mudah kita hari ini.

RESEPI MEE GORENG SEDAP DAN MUDAH


Bahan-bahan:

  • ayam/daging/sotong/udang
  • bawang merah dicincang
  • bawang putih dicincang
  • sayur sawi
  • lobak merah
  • fishcake/fishball
  • cili boh
  • sos cili
  • sos tomato
  • sos tiram
  • gula dan garam

Cara-caranya:

1. Mee tu sebaiknya korang basuh dengan sebersihnya.

2. Ok dah siap panaskan kuali, masukkan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih. 

3. Bila dah naik bau skit bawang tu masukkan cili boh dan tumis sampai naik minyak skit.

4. Cili boh dah naik minyak, masukkan ayam atau daging. Lebih senang la tak hancur.

5. Dah nampak masak skit, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula. Garam dan garam tu skit je tau sebab nya mee ni selalunya dah ada rasa masinnya. Sos tiram pun dan rasa masin dan manisnya. Ikut naluri hati korang, letak sedikit demi sedikit. 

6. Dah ok semua rasa die masukkan lobak merah dan fishcake atau fish ball korang. Agak-agak lobak tu dah lembut skit masak terus masukkan mee dan sayur sawi

7. Gaul la sehingga sebati. Kalau nampak warna die pudar skit korang boleh tambah kicap skit. 

Dah puas hati tutup api dan hidangkan la. Sedap kalau makan dengan air kopi panas.hehehe

SELAMAT MENCUBA!

8 comments: