RESEPI AYAM MASAK KUAH CUKA

9:07:00 PM

Assalammualaikum..

Hari ni Ida nak kongsikan resepi pula. Reepi ni Ida belajar dari mak mertua Ida. Masakan terengganu kot. Ntah la tapi sebab kena dengan tekak Ida ni, memang kerap la masak teruatama sekali bila rasa tak sedap perut.




Resepi ni macam tomyam sebab ada masam-masam tapi digantikan dengan gunakan cuka. Resepi ni masa mak mertua ajar dulu guna ikan selayang yang digoreng tapi kalau guna ayam pun sedap.


RESEPI AYAM MASAK KUAH CUKA

Bahan-bahan



  • ayam potong kecik-kecik je
  • bawang merah dan bawang putih yang dihiris
  • halia
  • lengkuas
  • bawang merah yang dipotong 4
  • lobak merah
  • timun
  • cili boh
  • garam dan gula
  • cuka
CARA-CARANYA:




1. Tumis bahan-bahan yang dihiris seperti bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas.

2. Dah naik bau, masukkan cili boh dan tumis sampai naik minyak. Baru la letakkan air.

3. Lepas tu masukkan semua bahan-bahan yang lain seperti ayam, lobak merah, timun dan bawang besar tadi.

4. Jangan lupa masukkan cuka, garam dan gula. Cuka tu korang agak=agakla dengan banyak mana air korang letak kan. Macam buat sup. Kalau banyak air kena lebihkan la cuka gula dan garam. Jangan banyak sangat cuka kang masam sangat.

5. Biarkan mendidih dalam api sederhana sehingga masak. Pastu semua dah secukup rasa so dah boleh makan.

Nak makan ni sedap makan panas-panas. Kalau suam-suam kuku sangat tak rasa umph die..hehehe. Banyak kali korang panaskan lagi pekat kuah dengan lagi sedap. Sebab tu Ida kata biar masak dalam api sederhana, biar lama skit.

Kalau taknak guna ayam, boleh gunakan ikan yang digoreng. Tapi kalau guna ayam taknyah goreng pun takde, macam buat tomyam tu.

SELAMAT MENCUBA!!

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)