9 JENIS MAKANAN MESTI DIELAKKAN MAKAN SEBELUM TIDUR

9:22:00 PM

Assalammualaikum...


Ramai yang suka lengahkan waktu makan terutamanya makan di waktu malam. Ada sesetengah tu sampai tak makan waktu malam ni. Kalau ikut orang-orang cina, masa makan malam yang palung naik adalah sebelum pukul 7 malam. Dan lebih bagus jika memang pukul 10 malam ke atas tu dah tak makan apa-apa lagi.




Ia sebenarnya ada logiknya memang bagus untuk kesihatan. Sebab bila difikirkan, bila kita lewatkan waktu makan. Perut kita mula berasa sangat lapar dan ini mendorong kita untuk makan dengan lebih banyak. 



Image result for makan di waktu malam

9 JENIS MAKANAN MESTI DIELAKKAN MAKAN SEBELUM TIDUR

1. Kopi

Kafein yang terdapat dalam kopi akan mengakibatkan kita sukar untuk lelapkan mata malah kopi juga akan mengakibatkan kita kerap membuang air kecil.

2. Coklat

Siapa tak suka makan coklat kan. Penghilang stress tu.hehe. Tapi tahu tak, coklat juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan menimbulkan rasa lapar.

3. Keju

Keju dikategorikan sebagai makanan yang berlemak dan tinggi kalori. Memakan keju setiap kali sebelum tidur bukan sahaja akan mengakibatkan gangguan pada perut juga boleh menyebabkan berat badan cepat naik. Kalau minat makan cheese sekalipun, jangan berlebihan pula ye.


4. Makanan Pedas

Pengambilan makanan yang pedas sebelum tidur boleh menyebabkan pedih ulu hati dan mengakibatkan kita berasa tidak selesa dan sukar untuk lelapkan mata.

.5. Kek, Aiskrim dan Biskut

Tiga jenis makanan ini mempunyai kandungan gula yang tinggi dan tidak sesuai diambil ketika badan perlukan rehat.
Tetapi kalau makan biskut yang tidak berkrim dan rendah garam takde masalah.

6. Burger


Sedap tu makan burger malam-malam, atau dijadikan sebagai supper. Tapi tahu kan, burger dikategorikan sebagai makanan berlemak dan jika kerap diambil di waktu malam boleh mengakibatkan kegemukan. Jadi sekali sekala nak makan takde masalah, jangan setiap hari pula.

7. Minuman Berkarbonat

Kita semua tahu bahawa minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi. Jika kerap diminum sebelum tidur boleh menyebabkan kita berisiko kepada penyakit kencing manis dan juga masalah jantung.

8. Kentang Goreng

Kentang adalah makanan yang berkarbohidrat dan setelah digoreng akan mempunyai kandungan minyak yang tinggi.
Makan kentang goreng sebelum tidur akan menyebabkan lemak berkumpul di bahagian perut. Malah jika berterusan boleh mengakibatkan tahap kolestrol yang tinggi.

9. Biji-Bijian

Biarpun mempunyai kandungan serat yang tinggi, memakan biji-bijian seperti kacang merah, kacang buncis atau kacang panjang boleh mengakibatkan perut berasa tidak selesa jika diambil pada waktu malam.

Ini antara makanan yang mesti dielakkan makan sebelum tidur. Kalau nak makan pun, biarlah dalam kuantiti sedikit atau sekali sekala. Jangan selalu ye!

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

You Might Also Like

5 comments

  1. No 1 ngn 6 tu payah nak reject.. Selalunya kalau nak mudah tido Sha minum yg no 1 tu.. hehehe tapi skrg dah tukar dengan susu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib la bukan gemar minu kopi..mnum air msk je..heheh

      Delete
  2. PC cuba latih diri makan sebelum jam 7...yang tewasnya bila balik kampung...bila balik kampung...kadang malam keluar jalan2...

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)