5 TIPS AJAK ANAK BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Assalammualaikum...

Beberapa hari lagi akan menjelang bulan Ramadhan. Kita sebagai umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan ni. Bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak pun diwajibkan berpuasa jika sudah baligh. 



Ramai yang keliru bagi kanak-kanak, waktu bila..umur berapa yang sesuai untuk ajak mereka berpuasa bersama-sama dengan kita. Sedangkan mereka masih belum baligh.

Kita ingat semula rukun berpuasa ialah islam, baligh, berakal dan mampu menunaikan puasa. Jadi anak-anak yang masih kecil tidak diwajibkan berpuasa tetapi jika dia mampu mengerjakannya mereka akan mendapat pahala.

Image result for cara ajak anak berpuasa

Tak salah jika kita nak melatih anak berpuasa di usia muda tetapi jangan sampai memaksa mereka. Kita perhatikan sehingga tahap mana mereka mampu bertahan.

Fadhilatusy Syaikh Rohimahullah pernah ditanya

“Apakah anak-anak yang belum berumur 15 tahun diperintahkan untuk berpuasa sebagaimana perintah kita kepada mereka untuk sholat?”

Beliau Rohimahullah menjawab,

“Ya benar, anak-anak yang belum baligh diperintahkan untuk berpuasa jika mereka mampu. Sebagaimana para shahabat Rodhiyallahu ‘anhum dahulu melakukan hal yang demikian terhadap anak-anak mereka. Bahkan para ulama telah menetapkan bahwa orang yang bertanggung jawab atas anak tersebut untuk memerintahkan mereka berpuasa sejak kecil. Tujuannya adalah untuk melatih mereka dan agar mereka gemar serta jiwa mereka terbiasa dengan dasar-dasar agama Islam hingga timbul perasaan bangga dan semangat terhadap Islam”.

5 TIPS AJAK ANAK BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1. Terangkan bagaimana keadaan berpuasa tu termasuklah hukumnya dan kebaikannya.

2. Masa bangun sahur tu, kejut anak bersama-sama sahur dengan kita. Jika mereka hanya makan sedikit nasi atau minum susu, itu pun cukup bagus. Dapat pahala sebab mereka bangun sahur.

3. Mulakan perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa mereka berpuasa sehingga berbuka. Jika anak-anak dah tak tahan, nak makan. Biar mereka berbuka, dan jangan lupa puji mereka mampu dan kuat bertahan sehingga masa tu.

4. Hidangkan makanan kegemaran anak-anak ketika berbuka. Kalau diorang suka makan sup ayam, masakla sup ayam yang special untuk mereka.

5. Tunjukkan teladan yang baik pada anak-anak. Sekalipun korang ibu-ibu tak boleh berpuasa. Jangan la makan depan anak-anak. Kang lain pula tanggapan mereka.

SEMOGA INI MEMBANTU!

SELAMAT BERPUASA!!

Post a Comment

4 Comments