6 TIPS BERCUTI DENGAN ANAK-ANAK

5:22:00 PM

Assalammualaikum...

Senyuman yang dilihat pada anak-anak..diorang seronok kita pun akan rasa happy kan...tak kisah la badan penat pun asalkan anak-anak happy



Di sini Ida nak kongsikan 6 tips bercuti dengan anak-anak

1. Pastikan bawa bekalan dalam beg. Air masak atau biskut. Takut tak jumpa kedai makan boleh la bagi anak-anak sebagai alas perut. Air tu memang sentiasa bawa elak diorang kehausan,

2. Bawa la kain tangan. Biasa la nama pun budak-budak. Habis comot muka..berpeluh la. Elok juga kalau bawa juga tshirt kalau berpeluh sangat..rimas boleh la tukar. Kalau anak masih kecil bawala lampin dan nursing cover kalau masih menyusukan anak.

3. Prepare susu dalam kereta. Selalunya Ida memang jarang bawa. Sebab dah lepas susu kan. Kalau kat luar bagi diorang makan atau belikan je susu dutchlady kotak tu bagi minum. Kalau dulu masa kecil pun tak bawa sebab menyusu badan je.

4. Bawa la emergency kit. Ubat atau supplement. Biasala kalau anak-anak di luar ni terdedah dengan macam-macam. Habuk, asap, virus...jadi terbaik mesti la buat persediaan untuk kuatkan antibodi diorang.

5. Tidur seketika. Selalunya memang Ida akan bagi anak-anak tidur sekejap. Masa otw nak ke destinasi tu bagi diorang tidur sekejap dalam kereta. Sebabnya Ida taknak la nanti dah sampai kat tempat dituju tu diorang penat..mengantuk..bila dan jadi macam tu anak-anak mulala buat peel..so bercuti pun jadi macam tak best kan..

6. Bawa stroller atau baby carrier..Mungkin anak-anak masih kecil ke..perjalanan jauh. Tapi ida jarang guna stroller lebih suka guna baby carrier. Tambah kalau sesak dan tempat sempit. Takde la leceh kena tolak stroller plak kan. Ada baby carrier senang, taknak guna simpan je dalam beg. Muat ke? hahaha.muat je..sebab tu la Ida suka pakai beg besar..macam-macam ada dalam tu. Baby carrier jenama apa yang ida guna? boleh klik di sini 

https://mummysupplementshop.blogspot.my/2014/10/my-first-baby-carrier.html

so ini jelah tips ida nak kongsikan..boleh la share juga tips korang travel macam mana...

You Might Also Like

5 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)