RESEPI PISANG GORENG RANGUP YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Dah lama sebenarnya nak kongsikan resepi ni tapi sebab ada masalah internet, hari ini baru bekesempatan nak kongsikan. kebetulan Ida semalam pun ada gunakan resepi ni untuk buat goreng cempedak.


Ada orang lebih senang beli je tepung pisang segera adabi yang dijual di kedai kan. Tapi ni Ida nak kongsikan resepi pisang goreng rangup yang Ida dapat dari kenalan FB juga.


RESEPI PISANG GORENG RANGUP YANG MUDAH

Bahan-bahan

- pisang yang telah dipotong. (yg ni Ida guna pisang tanduk)
- planta atau mentega dalam 2 sudu besar
- minyak masak..agak2 la..
- garam secubit
- gula dalam 1 sudu besar
- tepung gandum 
- air suam
- sedikit serbuk kunyit (boleh juga letak pewarna makanan)


Cara-caranya:

Bancuh la bahan-bahan tadi. Air suam tu dimasukkan sedikit demi sedikit. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

Panaskan minyak. Salut pisang dengan adunan tepung tadi dan goreng sampai keemasan.

Dah siap. Nak lebih sedap buat la cili kicap tu. Mudah je. Potong cili padi dan tambah kicap. Nak lagi sedap campur skit perahan air limau.


cempedak goreng. Abaikan yang nampak hangit skit tu..Api terlebih kuat.heheh

SELAMAT MENCUBA!!

1 comment:

  1. tiba-tiba terasa nak makan pisang goreng pula... he he he...

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS