JOM KEMBALI SEMULA!

Assalammualaikum...

Waa...penat badan pun belum hilang lagi dari balik kampung. Ida baru sampai rumah isnin malam tu. Semalam memang rasa malas je, sakit badan-badan ni. Yelah perjalanan nak balik ke Kedah sampai 12 jam tu. Tu pun nasib la balik Kemaman memang tak berapa nak jammed sangat. Terpaksa la Asyraf ponteng sekolah 2 hari.


Hari ni baru la boleh nak jenguk blog ni. Kesian blog ambe bersawang sekejap.

Macam mana korang? Best tak raya...

Ida balik Kedah baru ni sempat la berjumpa beberapa orang kawan sekolah. Kalau tak memang rushing la skit bila balik sana. Yelah nak singgah banyak tempat. Kesian kat anak-anak la duduk je dalam kereta. Bila sampai je rumah sedara, lari sana sini. Mummy la yang penat skit sebab diorang berlari kejar ayam. hehehe

Sampai tidur pun mengigau sebut lembu,kerbau, ayam.huhuhu

Arini baru settle 2 trip membasuh baju. Beg pun belum berkemas bagi habis. Nak masak pun simple-simple je.

ok..jom sambung kemas..raya pun ada banyak hari lagi.hehehe

2 comments:

Followers

social network

APDM SAPS