DAH HABIS CUTI SEKOLAH.

Assalammualaikum..

Hari ini hari terakhir anak-anak cuti sekolah setelah 1 minggu bercuti sempena Tahun Baru Cina. Ada yang pergi bercuti atau balik kampung. Ada yang hanya kena duduk rumah je sebab mak ayah bukannya dapat cuti pun.hehehe.


Ida pun tak ke mana duduk rumah je. Cuma semalam je bawa anak ke Mini Zoo Kemaman. Dekat je binatang pun tak la banyak sangat. Tapi kesian sebenarnya dengan haiwan kat Zoo Kemaman ni. Tak terjaga, ntah makan ke tak. Dengar kata takde peruntukan.


sumber:google

Kesian sangat, tengok daun-daun kering tak tersapu. Kolam pun tak tercuci. Tengok harimau kesian,kurus.Perut pun kempis je. Budak-budak tengok kat tepi cermin tu. Die tenung je..jalan ke sana ke sini tengok kitorang.



sumber:Google

Kawasan zoo menarik.Luas tapi sayangnya tak terjaga. Serius kesian tengok binatang-binatang kat sana. Nampak macam kelaparan. Dulu masa Ida pergi ada juga tapir,kuda tapi semalam dah takde.Tiket masuk  tak mahal pun RM10 dewasa RM7 kanak-kanak. Kat dalam tu siap ada taman tema air lagi. Sebuah kolam je boleh mandi, gelungsur yang besar tu takleh mandi. Takde peruntukan,tutup macam tu je. Dah siap lama tapi tak boleh guna. Pecah macam tu je. Sayang..

Sori la takde gambar sebab hp Ida rosak. Kamera tablet mak mertua ni plak tak cantik gambarnye.Tunggu nak dapat hp baru la nanti,kumpul duit skit.

Post a Comment

0 Comments