4 TIPS PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULAJADI

Assalammualaikum..


"Senyum tak perlu kata apa-apa"

Selalu orang cakap orang yang suka senyum ni awet muda. Ye memang betul senyum merupakan salah satu senaman muka yang melambatkan kedutan dan awet muda secara semulajadi.



Nak dapatkan senyuman yang cantik, mestilah kena menjaga gigi dengan baik dan putih berseri. Kang sekali senyum nampak gigi pecah la, kuning la kan dah malu. Ini ada 4 tips putihkan gigi secara semulajadi.



4 TIPS PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULAJADI

1. Makan Makanan Rangup



Kerapkan makan buah-buahan seperti epal, lobak merah, saderi,buah pir dan banyak lagi yang dapat membantu bersihkan dan putihkan gigi secara semulajadi. Kandungannya yang berasid membantu memutihkan gigi dan kerangupannya merupakan pembersih gigi yang baik. Bukannya asyik mengunyah keropok chips ye..


2. Tambahkan Tenusu Ke Dalam Diet




Susu,keju atau yogult merupakan antara makanan yang tinggi kalsiumnya dan ia merupakan penyumbang forforus yang baik untuk badan. Tetapi ramai yang abaikannya dan tak sedar sebenarnya pengambilan kalsium yang cukup turut memperbaiki struktur dan keadaan gigi itu sendiri. Kalsium dan fosforus memperbaiki enamel dan menjadikan ia kuat dari akar dan cantik pada permukaannya.

3. Makan Lebih Strawberi



Kalau ke Cameron Highlands memang tak sah kalau tak beli buah strawberi kan? Kalau pergi beli lebih skit, sebab apa? Strawberi mengandungi asid malic yang mampu menanggalkan kekuningan pada permukaan gigi secara semula jadi. Tekstur strawberi itu sendiri mampu memperbaiki enamel, menjadikan gigi lebih putih dan berstruktur lebih licin. Hah best kan?


Sekali sekala kalau ada buah strawberi kat rumah tu, korang lenyek dan campur dalam serbuk penaik sedikit pastu gosok gigi korang,biar selama 5 minit. Buat selama 1 minggu dan lihatla kesannya.Wow!

4. Minum Menggunakan Straw




Minuman bergula atau berperisa akan meninggalkan kesan pada permukaan gigi kecuali air masak ye. Apa kata korang minum guna straw setiap kali minum. Ini dapat mengelakkan ia terkena permukaan gigi dan akan memelihara tahap keputihan gigi korang.


SEMOGA MEMBERI MAFAAT!

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS