5 PUNCA MASALAH KULIT MUKA YANG KITA TAK SEDAR

3:40:00 PM

Assalammualaikum...


Bila bercakap tentang masalah kulit ada sesetengahnya akan menyalahkan produk yang digunakan mahupun dari segi produk kecantikan dalaman atau luaran.


Sebenarnya ramai juga tak sedar ada faktor atau punca lain yang boleh menyebabkan masalah kulit. Ini ada 5 punca masalah kulit muka yang kita tak sedar.

5 PUNCA MASALAH KULIT MUKA

1. Tidak menjaga bahagian leher dan dada


Sebenarnya penjagaan kulit muka sahaja pada bahagian muka sahaja ia juga termasuk bahagian leher dan dada. Walaupun bahagian ini terlindung bagi mereka yang bertudung tetapi ia juga boleh berpotensi untuk mengalami masalah penghidratan dan penuaan. Penyelesaiannya senang sahaja, setiap kali memakai serum atau krim muka dan sebagainya jangan lupa sapukan sekali bahagian leher dan dada sebagai pelembap.  

2. Penggunaan berus solek yang kotor


Bagi yang selalu menggunakan solekan ke tempat kerja atau berjalan-jalan, jangan abaikan untuk membersihkan berus solekan. Ambil masa sekurangnya 1 hari seminggu mesti bersihkan berus solekan korang.Penggunaan berus solekan yang kotor mungkin menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat.

3. Tangan kerap menyentuh kulit


Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan korang tapi mesti ingat pasti ada kuman di mana je berada. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin.

4. Pengelupasan kulit berlebihan


Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.

5. Pengambilan makanan ringan

Bukan je kanak-kanak orang dewasa pun suka makan ringan ni. Selalunya suka dijadika snek sampingan masa lapang untuk hilangkan rasa bosan. 


Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.

rujukan:majalah EH



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

You Might Also Like

2 comments

  1. Selalu pegang kulit muka dengan tangan tu betul sangat. Dulu Sha tak perasan pun. Lama-lama perasan tempat selalu tongkat dagu tu suka benar jerawat membiak, haish. Tak suka lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..dulu pun suka pegang2 muka smpai sekrang..so better kena ada kain atau tisu kt tgn..

      Delete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)