5 TIPS ATASI STRESS YANG MELAMPAU,GERAMNYA!

2:21:00 PM

Assalammualaikum..


Bila badan terlalu penat, bunyi bising sekeliling kita, mana dengan anak-anak yang menangis dan bergaduh memang kita akan rasa sakit kepala dan akan menyebabkan kita stress.


Bila stress tu memang rasa semua nak marah, rasa macam ada benda je kat belakang kepala kita kan. Rasa nak geram je kat sapa-sapa yang ada. Tapi janganla lepaskan geram dekat anak-anak pula. Bahaya sebenarnya stress ni. Stress boleh mengundang pelbagai jenis penyakit lain seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes, kemurungan, dan alzheimer. Ini ada 5 tips atasi stress yang melampau.

5 TIPS ATASI STRESS YANG MELAMPAU

1. Aroma Lavender


Bau lavender memang wangi kan Ida sendiri suka kan bau die. Mengikut salah satu kajian di Jepun, bauan yang terdapat pada lavender dikatakan mampu menenangkan fikiran. Ia boleh memberikan kesan relax dan santai dan kini lavender telah menjadi antara bahan popular untuk beberapa produk kecantikan dan kesihatan.

2. Layan muzik


Kadang-kala otak bercelaru apa kata korang dengar muzik yang slow emotion seperti Bruno Mars. Lagi bagus bagi yang muslim ambil air sembahyang, baca Al-Quran atau dengar surah atau selawat radio atau laptop korang.

Ada kajian daripada University of Marylands yang mengatakan dengan mendengar muzik kegemaran, sistem peredaran darah akan menjadi lebih lancar serta aliran darah dapat ditingkatkan.

3. Resipi ketenangan


Coklat...sapa yang tak suka. Tambah macam Ida ni memang hantu coklat, tunggu la nanti nak pergi memborong kat Langkawi.hehehe. Kalau tak dapat apa kata korang sekali sekalai buatla sendiri seperti pavlova, brownies, dan pelbagai lagi. Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu terapi untuk melupakan masalah yang korang alami. Rasa manis pada makanan seperti coklat juga dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon Endorfin yang akan membuat kita merasa senang hati dan bahagia.

4. Lepaskan bebanan


Sememangnya normal bagi seseorang wanita tu menangis untuk lepaskan tekanan, jarang sekali la kalau lelaki nak menangis kan. Tak macho la gitu katanya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji biokimia, hampir 85% wanita mengatakan dengan menangis akan membuatkan mereka merasa lebih baik dan lega. So para wanita janganla lagi tahan air mata tu. Wanita bukannya lemah dengan air mata, malah menjadi lebih kuat!

5. Hanya 1 minit


Hanya dalam masa 1 minit je apa kata korang berlari setempat kerana ia mampu meningkatkan tenaga serta melawan stress. Hal ini kerana segala anggota badan digerakkan dan ia dapat melancarkan peredaran darah seluruh badan dan perkara ini dapat membuatkan minda kita terasa lebih segar.

SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)