3 TIPS NAK JADI SUPERMOM YANG HEBAT,WAH IBU SO COOL LA!

Assalammualaikum...

Bila dah jadi seorang ibu atau isteri sememangnya tanggungjawab kita sangat besar untuk uruskan rumah tangga agar sentiasa selesa dan harmoni. Ingat senang ke nak uruskan semua tu tanpa semangat yang kuat.



Si ibu mestilah hendak semuanya menjadi yang terbaik. Mahupun dari segi persekitaran, pakaian dan ruang rumah. Kalau si ibu masih tak pandai uruskan jangan risau, kita belajar dari awal, nanti lama-lama pandai la kan? Ini ada 3 tips nak jadi supermom yang hebat.


3 TIPS NAK JADI SUPERMOM YANG HEBAT

1. Bijak urus masa



Bagi setiap ibu mestilah pandai menguruskan masa dengan betul lebih-lebih lagi ibu yang bekerja. Setiap hari mestilah konsisten dan teratur apa yang dilakukan untuk elakkan si ibu ni cepat berasa letih. Bila semua kerja dah siap semestinya si ibu ada masa untuk rehat atau bermain dengan anak-anak. Walaupun sesibuk mana pun kita anak-anak mestilah diutamakan. Jangan abaikan mereka. 

Kalau macam Ida bila tidur awal memang akan bangun awal. Bangun tu uruskan anak-anak dulu semua, baru la menghadap laptop ke pe.Paling bijak, buat jadual atau list kan apa korang nak buat setiap hari.

2. Bijak urus pemakanan anak




Ibu adalah tukang masak paling hebat di mata anak-anak. Walaupun hanya masak telur kicap sahaj kan. Ibu yang bijak hanya akan memilih yang terbaik untuk anaknya. Pemilihan makanan terawal yang berkhasiat memainkan peranan penting membantu membentuk kecerdasan anak di masa hadapan. Jadi sebaiknya elakkan makanan yang tak berkhasiat pada umur yang masih kecil, nak bagi boleh tapi janganla sampai anak jadi ketagih makan benda-benda junk food ni.

3. Bijak urus kewangan




Ibu yang bijak juga perlu tahu mengawal perbelanjaan di dalam rumahnya supaya kewangan keluarga dapat diuruskan dengan baik dan dalam masa yang sama bijak menyimpan simpanan keluarga sendiri. Tak perlu nak boros atau belanja berlebihan untuk benda yang tidak berfaedah atau benda yang tak diperlukan. Cukup sekadar ada satu je tak perlu nak beli banyak-banyak contohnya seperti televisyen. Ini sampai kat dapur nak letak, dalam bilik pun ada. Kalau dapat tv free takpelah kalau nak letak tempat lain selain ruang tamu.

Tahniah pada semua ibu-ibu sememangnya korang adalah yang terbaik terutamanya mak kita. Kalau bukan mereka takde la kita di dunia ni kan.



 SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

4 comments:

  1. Menjadi super mom memang agak mencabar dengan kesibukan harian, tapi semua itu berbaloi kalau kita uruskan dengan teratur.

    ReplyDelete
  2. Bab urus kewangan.. Suami sy uruskan 100%... Sy bantu yg mana patut je...

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS