9 KESAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA,MEMUDARATKAN KE?

Assaalammualaikum...

Selepas melahirkan anak pastinya doktor akan tanya pada pesakitnya bagaimana nak merancang untuk kelahiran yang seterusnya. Ada yang ambil pil perancangan,ada juga yang hanya merancang sendiri macam Ida. Ubat pil perancang boleh didapatkan dari klinik kerajaan sendiri atau ke klinik swasta. Suntikan Depo-provera iaitu sejenis suntikan hormone yang mengandungi hormon sintetik sahaja yang sangat membantu untuk mencegah kehamilan.



Ini adalah suntikan yang selalu diambil oleh ibu-ibu sebgai perancang keluarga. Setiap suntikan ini berkesan selama 3bulan dan akan diberikan 5 hari selepas haid untuk pastikan tidak hamil. Dan semestinya ada kesan sampingan menggunakan perancang ni. Ini terdapat 9 kesan sampingan suntikan perancang keluarga.


9 KESAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA

1. Kitaran haid akan jadi tak teratur. Malah mungkin akan mengalami pendarahan berlebihan atau haid tak datang selama beberapa bulan.

2. Akan mengalami sakit kepala yang ketara.


3. Perubahan berat badan. Jangan terkejut kalau korang naik berat badan selepas mengambil suntikan perancang keluarga.

4. Perut akan cepat kembung,berangin dan rasa tidak selesa.

5. Masalah kulit berjerawat. Jangan terkejut kalau tiba-tiba jerawat korang akan naik dengan banyak.


6. Selera makan yang bertambah,mungkin akan rasa cepat lapar atau lambat lapar. Ini yang menyebabkan berat badan korang bertambah.

7. Akan mengalami sengugut jika datang bulan.

8. Masalah keguguran rambut akan ada.


9. Kereputan tulang. Mudah akan rasa sakit-sakit badan dan sebagainya.


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

16 Comments

  1. baru tahu nama suntikan ni. maklumlah.. memang tak pernah pakai.
    TQ atas info ni ya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida pun tak pernah amik suntikan..hehe.kena tnya doktor psal ni

      Delete
  2. gynae akak (dr. hamid arshat) tak galakkan ambik suntikan perancang mcm kat atas tu...byk memudaratkan....

    ReplyDelete
  3. akak x berapa confident planning dengan suntikkan. ntah napa.. hahhaa. tp pil pun sama jugak kesan sampingan ni. ada jenis yang memang menyebabkan jerawat teruk utk bulan pertama.. sebab akak planning guna pil. nasib baik first month je camtu lepas tu dah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye takde beza pun suntikan atau pil sbb die ganggu hormon kita

      Delete
  4. Sy dulu ambik perancang jenis suntikan ini juga. Memang berat badan naik mendadak dan alami stress dan selalu sakit kepala.

    ReplyDelete
  5. saya ambk suntikan depo jgk tp haid x tentu on off on off suaah nk solat... serik kalu boleh biala secara semula jd...

    ReplyDelete
  6. saya ambik suntikan perancang lps bersalin, dah 4 bulan masih turun haid. adakah ini normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang 4bulan ke turun haid? baik g check doktor..

      Delete
    2. bulan lepas saya ada pergi checkup utk baby, bagitau nurse yg saya masih turun haid. katanya I adalah normal. Lepas suntikan ni ada yg tak turun haid langsung dan ada yg turun haid berlebihan katanya.

      Delete
    3. memang normal kalau amik perancang tak turun haid sebab memang ia akan menganggu hormon. Tapi perancang tak elok amik dlm masa yang lama sbb ia akan menyebabkan susah nak hamil lagi. boleh rujuk dengan doktor k..

      Delete
  7. Salam..ni nk tanye her..masa skrg memang saya guna suntikkn.sbln lps brsalin trs bagi suntikkn n sampai skrg haid tak putus2 74hari haid msh.klur skit2 darah..mcm mane yer?

    ReplyDelete