7 MAKANAN TINGATKAN KESUBURAN WANITA,NAK HAMIL CEPAT

Assalammualaikum...

Bagi yang nak mendapatkan anak atau dalam perancangan nak tambah anak lagi mestilah menjaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Jangan la main bedal je makan sesuka hati lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah lama berkahwin.




Kalau masa bujang dulu kita suka makan fast food, minum air coke dan sebagainya. Sehingga berlarutan selepas berkahwin. Kan lebih baik masa ni buang semua tabiat tu. Insyaallah pemakanan yang sihat akan tingkatkan kesuburan dan anak dalam kandungan pun akan sihat. Ini ada 7 makanan tingkatkan kesuburan wanita.



7 MAKANAN TINGKATKAN KESUBURAN WANITA

1. Susu, Keju, Yogurt & Ais Krim



Kalsium adalah antara nutrisi yang penting bagi perempuan dalam semua tahap kehidupan, termasuk kehamilan.

Ramai yang tak sedar pengambilan kalsium bukan sahaja untuk ibu mengandung malah untuk mereka yang merancang untuk mendapat anak. Ini sangat membantu untuk meninkatkan kesuburan wanita. Malah sudah banyak kajian menunjukkan ia membantu meningkatkan kesihatan reproduksi wanita selain untuk kuatkan tulang.Justeru itu, perbanyakkan pengambilan sumber kalsium seperti makanan yang kaya dengan lemak susu, seperti susu, yogurt, aiskrim dan keju.




Wanita yang nak hamil digalakkan ambil kalsium dalam 1000mg setiap hari iaitu dalam 8 auns gelas susu. Ada kajian terbaru menyatakan susu yang tinggi lemak dapat tingkatkan kesuburan dari yang rendah lemak. Malahan, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa, pengambilan susu yang rendah lemak, boleh menurunkan tahap kesuburan wanita.

2. Karbohidrat Kompleks




Pengambilan karbohidrat seperti biji-bijian, dapat membantu meningkatkan kesuburan, tak sama macam karbohidrat yang terdapat dalam roti atau nasi putih. Ia akan meningkatkan kadar gula dalam darah dan insulin. Peningkatan gula dalam darah serta insulin boleh menganggu hormon yang bertanggungjawab dalam reproduksi, ia akan hentikan atau cegah pengovulan.

3. Buah dan sayuran berwarna cerah




Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya bagus dimakan. Selain dari kaya dengan vitamin, mineral dan nutrisi penting, buah-buahan segar dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan dan fitokimia yang membantu menghilangkan radikal bebas. Ketika radikal bebas berkumpul di dalam tubuh, mereka boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuk mengganggu hormon reproduksi. Pengambilan buah-buahan dan sayuran dapat menghilangkan racun yang dapat mengganggu pengovulan.Semasa nak memilih sayur-sayuran dan buah-buahan pilih yang berwarna cerah. Ini kerana warna yang lebih cerah,lebih banyak nutrisi. Contoh buah beri yang banyak gizi.

4. Daging ayam




Daging ayam sangat penting kerana ia memiliki tinggi protein dan zat besi, yang penting untuk wanita yang ingin hamil. Zat besi dan protein sangat penting bagi perempuan sebelum dan selama kehamilan.Meskipun zat besi dan protein dapat ditemukan dalam produk bukan haiwan, tetapi terdapat perkaitan antara protein haiwan dengan peningkatan tahap kesuburan.

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kekurangan zat besi lebih cenderung untuk mandul berbanding mereka yang banyak mengambil zat besi yang mencukupi. Pilih yang tanpa lemak dan masak cara memanggang bukan digoreng.

5. Telur




Telur juga dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem reproduksi sebab kaya dengan vitamin dan nutrisi penting seperti protein dan kolin. Kolin adalah penting untuk di ambil sebelum dan saat kehamilan, kerana ia meningkatkan kemampuan tubuh menyerap asid folik. Asid folik sangat penting bagi tempoh perancangan dan awal kehamilan, bagi mencegah bayi yang lahir cacat saraf seperti spina bifida.Pengambilan sehari sebiji telur dapat meningkatkan kadar kolin yang mencukupi untuk meningkatkan penyerapan asid folik sebanyak 2 kali ganda.

6. Sayuran hijau




Sayuran seperti bayam dan kangkung mengandungi zat besi yang tinggi. Zat besi sangat penting untuk membantu dalam peredaran kitaran haid yang seimbang, kerana kebanyakan wanita yang kekurangan zat besi, cenderung untuk mengalami masalah kitaran haid yang teratur.Dengan menambah pengambilan sayuran berdaun hijau ke dalam menu harian, dapat meningkatkan kadar zat besi dalam tubuh.

7. Kekacang dan biji-bijian




Kekacang dan biji-bijian di cerna dengan lebih perlahan di dalam tubuh. Ia membantu mengatur peningkatan insulin dan meningkatkan ovulasi.Selain daripada itu, kekacang dan biji-bijian juga mengandungi lemak omega 3, yang membantu secara langsung pada peningkatan hormon. Kekacang dan biji-bijian memiliki tahap antioksidan yang sangat tinggi.




Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

5 comments:

  1. memang dah stop minum minuman berkarbonat..
    dulu gila-gila minum Pepsi setiap hari... huhuhuhuu... :p


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  2. susu tu agak susah sikit yoorin nak telan..sebab xsuka.. kena yg ada berperisa.. coklat ke mango ke..tp tu laa gula tinggi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...ida memang suka minum susu...tak kisah la walaupun perisa asli..

      Delete
  3. thanks utk infonya,,sgt membantu saya yg dah 2tahun lnih blm ddikurniakan zuriat lg..doakan ye,,sudi2 follow my blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..ada la rezeki tu nnti..teruskan usaha dan sabar..kalau boleh ikthiar ikhtiar la...ok done follow

      Delete

Followers

social network

APDM SAPS